Selepas jumpa Zahid, Waytha yang dulu dibenci UMNO kini jadi rakan

October 27, 2022 · Politik

Jika sebelum ini UMNO menjadikan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, P Waytha Moorthy sebagai sasaran serangan, bagaimanapun keadaan tersebut berubah sebaliknya kini.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Waytha yang juga Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) selepas berjumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengisytiharkan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN).

Waytha walaupun sebelum ini dilantik menteri semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang selepas PRU-14 lalu, berkata kecewa dengan gabungan pembangkang tersebut selepas seakan-akan tidak diendahkan dengan permohonan mereka untuk menjalinkan kerjasama.

Waytha mendakwa, dia sudah menunggu cukup lama untuk mendapat maklum balas daripada PH berhubung permintaan menyertai gabungan berkenaan.

“Berdiam diri dari pakatan bukan pilihan bagi saya. Saya menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi PH) tidak mahu sebarang kerjasama daripada saya. Saya menghormati keputusannya,” katanya dipetik dalam video yang dirakam baru-baru ini.

Untuk rekod, Waytha juga menerima kunjungan Zahid di kediamannya ketika sambutan perayaan Deepavali, baru-baru ini dan gambar pertemuan itu dikongsi dalam media sosial.

Dalam rakaman video pendek berdurasi dua minit 55 saat yang dikongsi di akaun Facebook MAP, Waytha membuaat pengumuman menyokong BN secara rasmi.

“Apa yang penting bagi saya ialah menyokong seorang Perdana Menteri yang akan membantu saya dalam membina masyarakat kami dan memenuhi perjalanan hidup serta misi saya.

“Itulah kata sepakat yang telah saya usahakan bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau menyokong inisiatif dan rancangan saya untuk masyarakat India.

“Justeru, MAP dan saya akan menyokong Barisan Nasional di bawah pimpinan beliau,” katanya lagi.

Untuk rekod, Waytha sering menjadi sasaran UMNO semasa PH memerintah selama 22 bulan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan pada 2018 sebelum ini membidas Waytha sebagai tidak layak memegang jawatan menteri apatah lagi dengan sikap biadap, tidak sensitif dan mengguris hati orang-orang Islam Melayu.

“Waytha Moorthy tidak layak memegang jawatan menteri, dia mesti letak jawatan atau dipecat,” katanya dalam laporan media UMNO Online.

Malah, laporan polis juga dibuat oleh Puteri UMNO di seluruh negara dibuat berhubung perkara terbabit.

“Laporan polis ini dibuat terhadap kebiadapan Waytha Moorthy dalam video dan kata-katanya di Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya.

Pada 2018, tular video yang dikatakan dirakam 10 tahun lalu ketika Waytha menjadi pemimpin utama pertubuhan radikal Hindraf dengan memburuk-burukkan negara kepada negara luar iaitu menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah, menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum-kaum dan penganut agama lain, antaranya merobohkan kuil-kuil hindu dan menafikan hak asasi kaum lain di Malaysia.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok