Selepas hilang semalam, MIC kata bukan boikot

November 2, 2022 · Politik

Selepas memboikot majlis penamaan calon Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, MIC hari ini mendakwa parti itu tidak bertindak demikian sebaliknya bersetuju dengan calon dan kerusi yang diberikan kepada mereka.

Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran berkata beliau mengambil tanggungjawab sebagai ketua untuk memastikan semua ahli jawatankuasanya memahami keadaan dan akur dengan keputusan yang telah dibuat.

“Tidak, tidak. Ini bukan pasal boikot. Kita bukan boikot. Saya nak tunjukkan kepimpinan di mana keputusan itu diambil sebulat suara oleh semua ahli jawatankuasa MIC. Jadi apa juga kerusi-kerusi yang kita telah bertukar dan sebagainya perlu mendapat persetujuan.

“Walaupun saya sudah berbincang dengan semua berkenaan dengan kerusi tapi secara keseluruhan tanggungjawab saya adalah untuk memastikan semua AJK Pusat MIC memahami keadaan supaya mereka bukan sahaja harus turun padang untuk bekerja tapi akur dengan keputusan yang kita dan juga pucuk pimpinan BN ambil,” katanya pada sidang media hari ini.

Malam tadi, barisan pimpinan tertinggi MIC tidak hadir pada majlis pengumuman calon dan dikaitkan dengan bantahan parti komponen BN itu terhadap keputusan Zahid yang juga pengerusi BN.

Mengulas lanjut, Vigneswaran yang dicalonkan di Parlimen Sungai Siput turut menafikan bermasalah dengan pencalonan Friends of BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

“Banyak yang katakan kami tidak gembira dengan Friends of BN dan sebagainya, padahal kami sudah bersetuju untuk beri kerusi itu kepada mereka. Kami okay selagi kerusi kami tidak terjejas,” katanya.

Beliau turut menyifatkan calon Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin sebagai ‘winnable’ berbanding calon lain.

“Ya, kami tukar kerusi di mana kami beri Sungai Buloh dan Kapar kepada UMNO. Yang terbaik kita boleh buat, bila kita tak boleh menang kerusi itu dan calon seperti KJ yang memang ramai pengikut, ‘up coming politician’…kami bukan melihat soal Melayu ke India ke Cina tapi peluang calon BN itu menang kerusi itu untuk BN.

“Ini yang kita sebut hubungan kekeluargaan. Saya berpendapat KJ calon yang sangat bagus di Sungai Buloh sebab dia Melayu urban dan boleh dikatakan beliau disukai. Itu fakta,” katanya.

Berita berkaitan
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Zahid beri bayangan Ahmad Said mungkin tak dicalon semula
October 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok