Selepas gagal ramal menang PRU-15, Rafizi buat ramalan lagi PH menang Kedah

August 6, 2023 · Politik

Rafizi Ramli sekali lagi membuat ramalan Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos ini.

Walaupun ramalan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ramalan Timbalan Presiden PKR itu tersasar, beliau sekali mendakwa PH-UMNO sudah menang lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah setakat ini,

Rafizi juga mendakwa PH-UMNO mampu meningkatkan jumlah sehingga 15 kerusi memasuki minggu kedua nanti.

Malah menurut beliau, tidak mustahil PH-UMNO dapat memenangi 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baharu pada 12 Ogos ini.

“Yang menjadi pertandingan di bawah ialah di Kedah sebab negeri ini merupakan negeri yang mampu bertukar-tukar kerajaan.

“Setakat ini, saya ingat PH telah melepasi antara lima hingga lapan kerusi selepas berada separuh kempen dan mampu lepasi 15 tapi untuk bentuk kerajaan ialah 19 kerusi.

“Dalam tempoh minggu pertama kita rasa telah lepasi lapan kerusi, kalau kita kekalkan momentum,” katanya ketika berkempen pada Jelajah Madani di Taman Delima, Sungai Petani.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau tidak ambil kisah dengan ramalan Perikatan Nasional akan menyapu bersih 36 kerusi di negeri ini.

Kata beliau, sepanjang minggu pertama berkempen, keyakinan Kerajaan Perpaduan telah melonjak tinggi berada di tahap sekarang.

“Dalam tempoh seminggu kempen menunjukkan bahawa dari segi naratif kempen PN, mereka dalam mood bertahan dan tidak ada modal.

“Tapi apa yang kita tidak pasti ialah sama ada kita cukup masa minggu ini menyakinkan terutamanya pengundi atas pagar atau pengundi Melayu yang sebenarnya tahu mereka tak puas hati dengan PN tapi masih lagi tebal dengan naratif Melayu Islam,” katanya.

Rafizi juga memberitahu, sokongan pengundi Melayu di Kedah telah naik tujuh peratus dan berharap terdapat peningkatan pada minggu kedua kempen nanti.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
20 jam lalu· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok