Selepas gagal jadi PM, PKR Perak buat tawaran kepada Anwar

September 25, 2021 · Politik

PKR Perak menawarkan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi negeri tersebut pada pilihan raya umum depan dengan harapan dapat menjadi Perdana Menteri (PM) Ke-10.

Ketua Pembangkang tersebut yang juga Ahli Parlimen (MP) Port Dickson gagal dalam cubaan menjadi PM Kesembilan diharapkan dengan menukar kerusi bertanding di Perak akan dapat mencapai cita-citanya itu selepas gagal berkali-kali.

Tawaran untuk bertanding di Perak itu dibuat oleh Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang berharap idolanya itu dapat menerima tawaran tersebut bagi mencapai cita-citanya.

“Presiden sangat responsif dan positif dengan pelawaan itu. Insya-Allah kita tengok nanti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Jelasnya, kedudukan PKR di Negeri Sembila sudah kukuh dan kehadiran Anwar di Perak dilihat mampu mengukuhkan lagi penguasaan parti itu sekaligus memenangi pilihan raya nanti.

Anwar baru-baru ini gagal dalam cubaannya sekali lagi untuk menjadi PM selepas ditipu anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pada mulanya menyokongnya sebagai calon.

Sebaliknya, Presiden UMNO itu menukar sokongan apabila memberi sokongan kepada Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi PM Kesembilan.

Anwar kempunan lagi apabila rancangan dan komplotnya dengan Zahid gagal susulan keputusan UMNO yang mengekalkan pendirian ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’.

Selain itu, Anwar juga dikatakan punca utama UMNO kembali berkuasa di Putrajaya walaupun mereka menolak kumpulan kleptokrat sebelum ini etapi kini sanggup menjalinkan kerjasama dengan mereka.

Malah, Anwar mengetuai blok pembangkang dalam memerterai memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan Ismail Sabri dengan beberapa syarat yang diletak.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta
April 27, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok