Selepas ditipu syarikat “scam” vaksin, Guan Eng desak buka Parlimen pula

Selepas ditipu syarikat "scam" vaksin, Lim Guan Eng mahu Parlimen dibuka kononnya untuk membincangkan isu-isu berkaitan Covid-19.

Belum reda kontroversi berhubung penipuan syarikat “scam” yang kononnya mahu menderma vaksin, Lim Guan Eng cuba menunjukkan dirinya masih ada otak dengan menggesa supaya sidang Parlimen dibuka pada ketika jangkitan kes Covid-19 dalam negara semakin tinggi.

Bagai menutup malu selepas kantoi dalam isu itu, Ahli Parlimen Bagan daripada DAP itu berkata, gesaan itu dibuat bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen membincangkan mengenai langkah pencegahan Covid-19, Program Imunisasi Kebangsaan dan perkara yang berkaitan.

“Perikatan Nasional (PN) harus memanggil Parlimen untuk sidang tergempar, sama seperti yang telah dilakukan oleh Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Guan Eng mencetus perhatian ramai apabila menghamburkan perkataan ‘kepala otak dia’ dalam sidang akhbar bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

Reaksi itu diluahkan Guan Eng yang mempersoalkan mengapa Kerajaan Pusat tidak membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang menerima sumbangan dua juta dos vaksin Covid-19 jenis Sinovac yang mahu disumbangkan sebuah syarikat swasta pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Khairy mendedahkan sumbangan dua juta dos vaksin oleh syarikat berpangkalan di Hong Kong kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu adalah tawaran palsu.

Menurut Khairy, siasatan dan carian yang dilakukan pihaknya mendapati syarikat berkenaan iaitu Xintai Development Enterprise LTD tidak wujud.

Terbaharu berkaitan isu itu, Guan Eng tampil untuk memohon maaf.

Katanya, beliau bersedia meminta maaf jika benar sumbangan vaksin oleh sebuah syarikat swasta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini adalah palsu dan merupakan “scam”.

POPULAR