Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan

December 4, 2022 · Politik

Timbalan Perdana Menteri memuji cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat menerima kritikan yang dibuat terhadap Perdana Menteri selepas pelantikan diri sendiri menjadi Menteri Kewangan memandangkan cikgunya itu seorang yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan penting tersebut.

“Anwar juga pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia oleh Euro Money Magazine dan Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh Asia Money Magazine.

“Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia mendapat gelaran The Asian Tiger kalangan negara Asia ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.

“Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan,” katanya dipetik dalam hantaran Facebooknya.

Zahid melatah selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik barisan Kabinet yang dibentuk tidak mencerminkan aspirasi rakyat kerana sanggup mengangkat seorang kluster mahkamah menjadi orang penting dalam kerajaan.

Untuk rekod, Zahid ketika ini masih sedang berdepan puluhan pertuduhan yang sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Anwar tidak melihat itu sebagai penghalang untuk melantik anak muridnya itu menjadi TPM.

Muhyiddin membidas Anwar kerana menggadai prinsip tata kelola yang baik sebagaimana dijajanya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila melantik kleptokrat menganggotai Jemaah Menterinya.

Presiden Bersatu itu berkata Jemaah Menteri diumum Anwar malam tadi adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai TPM.

“Tindakan Anwar ini ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan semalam.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok