Selepas dikritik suami isteri belum isytihar, ini jawapan Wan Azizah

November 8, 2022 · Politik

Selepas dikritik gara-gara masih belum mengistiharkan harta seperti yang dituntut partinya sendiri, Pengerusi Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya bersuara.

Menurut calon Parlimen Bandar Tun Razak itu, PKR akan mengumumkan secara rasmi pengisytiharan aset semua calon parti itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, dilaporkan aset bersih terkumpul 80 calon Ahli Parlimen PKR yang disiarkan di laman web calonkeadilan.org melebihi RM354 juta.

Bagaimanapun, dokumen dalam format PDF untuk pengisytiharan harta bagi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah masih belum dimuat naik sehingga hari ini (8 November 2022).

Namun Wan Azizah berkata pengisytiharan aset itu sepatutnya dilakukan semua parti politik untuk pengetahuan umum sebelum hari pengundian, 19 November ini.

“Sepatutnyalah (semua parti isytihar)…sebab kita nak tahu sebelum (mengundi). Kalau aset itu sudah diisytiharkan jadi mesti ada cop (pengesahan) dari Pesuruhjaya Sumpah.

“(Jadi) itu adalah satu perisytiharan yang benar. Jadi tak timbul persoalan apabila (aset) naik mendadak (selepas PRU-15), (kalau tidak) nanti ada yang kata ‘something wrong’ (ada sesuatu yang tidak kena),” katanya lapor BH.

Antara yang mempunyai aset tertinggi berdasarkan dokumen yang dimuat naik, calon Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dengan aset RM106.1 juta daripada pelaburannya dalam DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD manakala kira-kira RM5.3 juta dalam bentuk hartanah.

Rekod juga menunjukkan Suparadi pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Pengarah Eksekutif Iris Corp.

Selain Suparadi, calon lain yang memiliki aset bersih yang tinggi seperti calon Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash bernilai RM40 juta.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi calon pertama PRU-15 yang mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan berkata sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang enggan mengisytiharkan harta yang dimiliki, kemungkinan terdapat sesuatu yang cuba diselindungkan.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
3 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
19 minit lalu · Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok