Selepas dikritik, PKR kata Anwar dan Azizah isytihar harta hari ini juga

November 8, 2022 · Politik

Pengisytiharan harta oleh dua pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diumumkan pada hari ini juga selepas pasangan itu dikritik hebat kerana tiada maklumat harta mereka dalam portal calon parti itu.

Presiden PKR dan isterinya itu setakat semakan awal hari ini masih belum mengisytiharkan harta mereka seperti yang dilakukan oleh calon PKR lain yang sudah berbuat demikian dan kekal status ‘akan dikemaskini’ dalam portal parti itu.

Susulan itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Rodziah Ismail memberi penjelasan kelewatan pengisytiharan kedua-dua pemimpin PKR itu disebabkan kekangan masa tetapi memberi jaminan pengisytiharan itu boleh dilihat dalam portal pemilihan PKR lewat petang ini.

“Anwar teramat sibuk, kali ini strict sikit. Kali ini saya minta akuan bersumpah.

“Jadi insya-Allah mungkin masa beliau terlalu ketat, maklumat tu semua dah ada dan akuan bersumpah yang perlu dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah. Dalam hari ini insya-Allah,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Dilaporkan semalam kebanyakan daripada 72 calon parlimen PKR untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah melengkapkan pengisytiharan aset mereka.

Namun, entri untuk butiran pengisytiharan harta Anwar dan Wan Azizah hanya kekal status “akan dikemaskini”.

Untuk rekod, berdasarkan maklumat pengisytiharan harta tersebut, antara calon PKR yang mempunyai aset tertinggi berdasarkan dokumen yang dimuat naik adalah calon kerusi Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dengan aset RM106.1 juta daripada pelaburannya dalam DNS Capital Sdn Bhd dan iLimo Stalite LTD manakala kira-kira RM5.3 juta dalam bentuk hartanah.

Rekod juga menunjukkan Suparadi pernah memegang pelbagai jawatan antaranya Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Pengarah Eksekutif Iris Corp.

Selain Suparadi, calon lain yang memiliki aset bersih yang tinggi seperti calon Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berjumlah RM63.5 juta dan calon Parlimen Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash bernilai RM40 juta.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi calon pertama PRU-15 yang mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Minggu lalu, Rafizi dilaporkan berkata sekiranya terdapat mana-mana ahli politik yang enggan mengisytiharkan harta yang dimiliki, kemungkinan terdapat sesuatu yang cuba diselindungkan.

Difahamkan, pada majlis pengumuman calon PKR, kesemua calon menandatangani borang aku janji.

Borang tersebut melibatkan persetujuan untuk memulangkan wang deposit pencalonan, memotong elaun sekiranya menjadi wakil rakyat, serta mengisytiharkan harta.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok