Selepas dibidas DAP Sarawak, Anwar terpaksa akur elak pertindihan kerusi

December 3, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui takut dan bimbang sekiranya berlaku satu lagi pergaduhan dengan DAP seperti sebelum ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan cuba berlembut dengan rakan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Presiden PKR itu semasa PRN Melaka dikecam teruk kerana mempertahankan calon ‘katak berprinsip’ yang diletak bertanding mereka, namun dalam PRN Sarawak kali ini Anwar cuba mengelakkan satu lagi kecaman daripada pemimpin DAP dan akan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan berlaku pertembungan sesama sendiri.

“Ini saranan kepada tokoh-tokoh kecil nak bersuara, saya tidak ada masalah.

“Tetapi, bagi kita yang pentingnya pimpinan PKR dan DAP itu percaya bahawa muafakat kerjasama ini harus mantap dan oleh itu kita elak pertindihan,” katanya dipetik laporan FMT selepas lawatannya ke Song di Kapit, Sarawak hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak menolak kemungkinan partinya akan bertanding 25 daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak.

Katanya, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan belum dimuktamadkan lagi.

“Kita tidak banyak (tanding kerusi) sebab kita telah ada persefahaman dengan DAP dan Amanah, dan dalam beberapa kerusi mungkin dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“Tetapi, tidak ada penyelesaian di situ (kerjasama dengan PSB), yang pentingnya PH (Pakatan Harapan),” katanya lagi.

Terdahulu, DAP Sarawak membidas Anwar supaya tidak memandai dan membuat keputusan mengikut sesuka hatinya dalam isu agihan kerusi PH yang didakwa mereka kononnya sebagai tidak sah.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Cheng Jien membidas Anwar dan juga PKR Sarawak supaya memberi fokus penuh kepada 47 kerusi yang akan mereka tandingi di bawah persetujuan bersama dan berusaha memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Jangan bazirkan masa dan tenaga yang berharga untuk merebut kerusi hingga terlupa matlamat untuk menang dalam perang menentang GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar sebelum ini berkata PH akan meneruskan rundingan pembahagian kerusi, termasuk peruntukan untuk PSB yang menimbulkan rasa tidak puas hati DAP Sarawak.

Cheng Jien bertegas rundingan kerusi sebelum ini yang dipelopori bekas Pengerusi PKR Sarawak, Larry Sng adalah sah walaupun Anwar mendakwa ia tidak mendapat persetujuan akar umbi.

Pada 2 Jan lalu, PH Sarawak bersetuju agar PKR bertanding di 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala DAP 26 dan Amanah di sembilan kerusi yang lain.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Sng, Cheng Jien dan Pengerusi Amanah Sarawak Abang Abdul Halil Abang Naili.

Sebulan kemudian, Sng melompat meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen bebas yang mesra Perikatan Nasional (PN).

Jelas Cheng Jien, persetujuan di antara tiga parti terbabit didahului dengan banyak pusingan rundingan dan bukan sekadar melibatkan Sng, malah turut kerap dihadiri beberapa ahli jawatankuasa negeri dari PKR, seperti Joshua Jabeng dan Abang Zulkifli Abang Engkeh yang kini adalah pemangkuimemangku jawatan pengerusi PKR Sarawak.

“Pada hari tersebut, Sng menandatangani (persetujuan) bagi pihak jawatankuasa PKR negeri, yang ramai juga hadir. Itu merupakan keputusan jawatankuasa negeri secara keseluruhan, bukan keputusan Sng seorang.

“Hanya kerana Sng kemudian meninggalkan PKR, ia tidak bermaksud semua keputusan terdahulu terbatal dan harus dikaji semula.

“Bukan begitu caranya (dalam) perjanjian. Ia perjanjian di antara parti dengan parti, perubahan seorang pemegang jawatan tidak memberi kesan kepada kesahihan perjanjian itu.

“Di pihak kami pun (DAP Sarawak) telah mengalah dalam beberapa kerusi bagi mencapai perjanjian pada 2 Jan itu,” katanya lagi.

DAP Sarawak sebelum ini mengumumkan calonnya bagi 18 kerusi yang bakal ditandingi mereka, termasuk di Kemena, Senadin, Pujut dan Piasau.

PKR Sarawak sebelum ini meminta untuk bertanding di empat kerusi tersebut, tetapi DAP “enggan terlibat dalam sebarang rundingan”.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok