Selepas bubar Parlimen, PM kata pilihan raya berasingan susahkan rakyat pula

October 14, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keputusan enam kerajaan negeri tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya bersama dengan kerajaan pusat sebagai menyusahkan rakyat.

Ironinya, kenyataan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu dibuat selepas beliau dikritik hebat kerana tidak mengendahkan kesusahan rakyat dengan berdegil mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya disebabkan tekanan diberikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tindakan itu (tidak membubarkan DUN) tiada memberi apa-apa kesan kepada kita. Cuma saya kata, pertama akan menyusahkan rakyat yang keluar mengundi (dua kali), kedua dari segi kos yang bakal ditanggung kerajaan adalah tinggi.

“Kos pilihan raya membabitkan enam negeri itu sudah pasti tinggi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menanggung dua kos dan rakyat akan mengundi dua kali.

“Sebab itu saya dalam mesej pembubaran Parlimen, Isnin lalu, mengesyorkan kalau boleh diadakan secara bersama (pilihan raya DUN dan Parlimen)

“Namun, keputusan sudahpun dibuat negeri berkenaan. Justeru, pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa, dan mereka berhak untuk membubarkan DUN pada bila-bila masa saja,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Untuk rekod, amaran sebelum ini sudah diberikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung risiko mengadakan PRU-15 semasa musim tengkujuh yang bakal menjelang tiba.

Malah, beberapa negeri juga sudah dilaporkan berdepan bencana banjir beberapa hari kebelakangan ini.

Umum mengetahui, Ismail Sabri berdepan desakan daripada Presiden UMNO yang mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini juga, malah beberapa kali perhimpunan raksasa diadakan sebagai referendum agar ia dibuat secepat mungkin.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengumumkan parti itu mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah pada PRU-15.

Beberapa negeri diperintah Pakatan Harapan (PH) juga menyuarakan cadangan sama untuk tidak membubarkan DUN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok