Selepas berakhir MoU, nampaknya UMNO semakin galak desak PRU disegerakan

August 2, 2022 · Politik

Memorandum persefahaman (MoU) yang dimerterai dengan Pakatan Harapan (PH) baharu sahaja tamat, tapi nampaknya UMNO sudah tidak sabar mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Walaupun blok pembangkang yang menandatangani MoU berkata perjanjian tersebut masih sah sehingga Parlimen dibubarkan, namun ia tidak diendahkan oleh UMNO yang beranggapan segala masalah dalam negara ini boleh diselesaikan dengan hanya mengadakan PRU.

Pada Khamis ini, UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya, ironinya ia diadakan sebaik MoU dengan pembangkang berakhir dan spekulasi berlegar-legar tekanan akan dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada mesyuarat tersebut.

Sumber dalaman parti memberitahu berkemungkinan besar ahli-ahli MT akan membincangkan isu PRU pada mesyuarat tersebut dan sudah semestinya semua perhatian akan tertumpu kepada Ismail Sabri memandangkan beliau memegang kunci untuk sama ada membubarkan Dewan Rakyat atau pun sebaliknya.

Hala tuju kerajaan dipimpin Ismail Sabri selepas berakhir MoU akan dibincangkan pada Khamis, jadi apakah langkah seterusnya bagi UMNO selepas tidak menyambung MoU dengan PH?

Untuk rekod, Ismail Sabri sebelum ini tidak hadir pada mesyuarat MT yang diadakan pada 24 Jun lalu selepas pemecatan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada badan tertinggi parti itu.

Jun lalu adalah kali terakhir UMNO mengadakan mesyuarat MT dan difahamkan sepatutnya fokus yang akan dibincangkan berkisar isu tarikh PRU, namun tanpa kehadiran Ismail Sabri perkara tersebut tidak dapat dibincangkan.

Tanpa menyambung MoU ia bermakna Ismail Sabri kini tidak terikat lagi dengan perjanjian dengan pembangkang dan bebas menentukan tarikh untuk mengadakan PRU-15 pada bila-bila masa mengikut kehendak UMNO, itu sebenarnya yang dikehendaki oleh kluster mahkamah dalam parti tersebut.

Apabila Ismail Sabri bebas membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen, sudah semestinya kluster mahkamah melihat peluang yang terhidang untuk mendesak PRU-15 disegerakan.

Menjelang perbicaraan akhir dalam kes rayuan Datuk Seri Najib Razak pada bulan ini, ditambah pula dengan perbicaraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah hampir ke penghujung dan bakal diputuskan di mahkamah nanti, nampaknya UMNO tidak mempunyai banyak masa lagi melainkan mencari jalan dengan mempercepatkan PRU-15.

Perkembangan perbicaraan kes Najib juga tidak nampak petanda baik apabila beberapa permohonan yang dikemukakannya sudah ditolak mahkamah; bekas Perdana Menteri itu gagal mendapatkan khidmat peguam diraja atau Queen’s Counsel (QC) dan permohonan untuk menangguhkan kes atas alasan menukar peguam belanya juga ditolak baru-baru ini.

Perbicaraan Zahid juga sedang berjalan dengan tinggal berbaki beberapa saksi yang akan dipanggil sebelum ditamatkan perbicaraan dan menunggu keputusan.

Buat masa ini, Ismail Sabri tidak memberikan gambaran jelas bila PRU-15 akan diadakan, mungkin tahun ini dan mungkin juga tahun depan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan “Top 5” belum pernah mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh PRU-15, langkah yang dipersetujui sebelum ini semasa Perhimpunan Agung UMNO Khas lalu.

Nampaknya, pemimpin tertinggi UMNO belum duduk semeja bagi membincangkan tarikh PRU-15 sebagaimana dijanjikan dalam Perhimpunan Agung lalu, jadi bagaimana mahu membubarkan Parlimen apabila tiada kata sebarang perbincangan diadakan lagi?

Dalam perkembangan lain, UMNO sudah mendapat jawapan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung permohonan untuk menangguhkan pemilihan parti selepas PRU-15 berlangsung.

Sudah pasti jawapan tersebut akan melegakan UMNO kerana tidak mahu lihat parti mengalami perpecahan dalaman, bagaimanapun yang tidak melegakan rakyat jelata kini adalah apabila UMNO nampaknya berterusan memberi tekanan supaya PRU-15 diadakan walhal diketahui rakyat kini sedang berdepan kesempitan hidup akibat kos sara hidup yang naik dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok