Selepas Bajet 2023, PM ingatkan pengundi janji pembangkang tak ditepati

October 8, 2022 · Politik

Pengundi diingatkan tidak melupakan janji pembangkang yang tak ditepati mereka semasa memerintah kerajaan sebelum ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata berbeza dengan UMNO-Barisan Nasional (BN), semua janji yang dijanjikan akan ditepati bukan seperti pembangkang yang tahu bercakap kosong dan jika mahu semua pengumuman dalam Bajet 2023 dilaksanakan pengundin perlu memilih mereka untuk menjadi kerajaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Dari segi pengalaman dengan pembangkang, mereka tidak dapat melaksanakan janji mereka, seperti harga minyak turun dan tol dihapuskan. Apabila mereka tidak mampu buat (tepati janji), mereka kata manifesto bukan al-Quran (kitab) yang tak boleh diubah.

“Jadi saya cuma nak mengingatkan, supaya semua tidak lupa janji yang tak ditepati oleh PH (Pakatan Harapan),” katanya dipetik laporan media ketika berucap pada Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sembilan di Felda Palong.

Beliau juga menggesa supaya pengundi memastikan BN menang nanti kerana belanjawan sudah dibentang.

“… kena pastikan BN menang (PRU15), kewangan sudah ada dan ready untuk dilaksanakan (segala inisiatif dalam Bajet 2023),” katanya lagi.

Bajet 2023 adalah kedua di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

Ismail Sabri seterusnya mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpedaya dengan segala janji yang dikemukakan pembangkang dalam manifesto mereka terutama menjelang PRU-15 nanti.

Spekulasi mengatakan PRU-15 akan diadakan selepas pembentangan Bajet baru-baru ini, malah Ismail Sabri sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung cadangan UMNO untuk pembubaran Parlimen pada masa terdekat ini.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Pengundi muda ubah landskap politik negara?
November 10, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
16 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
16 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok