Selepas Anwar umum tanding Tambun, Peja jawab tidak akan lari

October 21, 2022 · Politik

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun tidak akan menyebabkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan lari meninggalkan ke kawasan lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR itu semalam mengesahkan tidak akan mencabar anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk sebaliknya akan berpindah ke Tambun dan ia mencetuskan spekulasi bakal wujud satu jajaran politik baharu dengan UMNO selepas PRU-15 nanti.

Bagaimanapun, Faizal atau dikenali juga Peja berkata akan kekal bertanding di Tambun bagi mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 lalu.

“Saya ingin mengumumkan akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15 akan datang.

“Saya dan rakan sukarelawan serta pendokong Perikatan Nasional (PN) Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun dan menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berkhidmat di halaman sendiri,” katanya yang juga Timbalan Presiden Bersatu itu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, atas prinsip dan semangat demokrasi, mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun dialu-alukan.

Sementara itu, Faizal juga berharap kempen pada PRU-15 kali ini berjalan dengan telus dan adil sekali gus memberi manfaat kepada pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia.

Semalam, dalam satu program Pakatan Harapan di Ipoh, Anwar yang sebelum ini Ahli Parlimen Port Dickson mengesahkan untuk bertanding merebut kerusi Tambun.

Pengumuman itu juga menamatkan teka teki kerusi yang akan ditandingi Anwar yang turut dipilih sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi blok Pakatan Harapan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok