Selepas Agenda Daily, kini UMNO saman Astro Awani dan Malaysiakini pula

August 30, 2022 · Politik

Jika sebelum ini portal Agenda Daily disaman Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana satu artikel analisis, kini dua portal pula disaman UMNO kerana laporan yang dibuat baru-baru ini.

Astro Awani dan Malaysiakini kini menjadi sasaran terbaharu UMNO apabila Ketua Pemudanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertindak mengemukakan saman terhadap kedua-dua portal berita itu ekoran laporan baru-baru ini pada 22 Ogos.

Beliau dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan, sudah tiba masanya UMNO untuk bersikap lantang dan lebih agresif kerana parti itu sudah lama bersikap ‘gentleman’.

“Ramai yang bertanyakan status saman terhadap Malaysiakini dan Astro Awani yang mengeluarkan berita fitnah terhadap UMNO.

“Untuk pengetahuan, Peguam yang mewakili UMNO sudahpun menghantar surat tuntutan saman pemula sebanyak RM25 juta kepada pihak Malaysiakini dan RM25 juta lagi terhadap Astro Awani.

“Insha Allah, jika ada mana-mana lagi pihak termasuk individu yang memfitnah UMNO dengan apa juga bentuk laporan, komentar atau berita palsu, saya dan Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serupa,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Asyraf menegaskan mahu menyaman dua syarikat berita, atas dakwaan membuat laporan dengan memetik sumber tidak berasas, serta mencetuskan persepsi negatif terhadap partinya.

Beliau memetik laporan Astro Awani bertajuk “Majoriti Ketua Bahagian UMNO tolak usul desak PM campur tangan kes SRC – Sumber” yang diterbitkan pada 22 Ogos lepas.

Asyraf mendakwa, laporan itu fitnah dan berniat jahat untuk mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.

Untuk rekod, Agenda Daily juga sebelum ini sudah disaman Ismail Sabri kerana artikel yang disiarkan mengundang rasa tidak puas hati disebabkan kritikan terhadapnya.

Bagaimanapun artikel tersebut sudah dipadamkan kerana perintah injunksi dan buat masa ini Agenda Daily masih sedang berdepan tindakan mahkamah. Pendirian Agenda Daily ketika ini adalah akan terus berdepan dengan saman tersebut dan sehingga masuk ke perbicaraan jika terdapat tuntutan yang tidak munasabah.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
13 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
25 minit lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok