Selangor tak bubar DUN, Pulau Pinang belum muktamadkan keputusan

October 11, 2022 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya serentak selepas pembubaran Parlimen pada Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas lebih dua jam menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

“Perbincangan saya bersama Sultan Sharafuddin adalah pertemuan lazim melibatkan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan sebelum pembubaran DUN.

“Ia antaranya berkaitan soal pembangunan, banjir, bajet dan Rancangan Selangor Pertama.

“Maka dengan itu, PH Selangor kekal dengan keputusan tidak membubarkan DUN pada tahun ini,” katanya dipetik laporan media.

Jelas Amirudin, Sultan Sharafuddin turut meminta beliau mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi memastikan pilihan raya di Selangor berlangsung dengan lebih efisien.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri, pihaknya kini memfokuskan kepada pembentangan Bajet Selangor 2023.

“Namun, ia bergantung kepada tarikh pilihan raya umum yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

“Kita mungkin akan menundakan pembentangan bajet itu selepas selesai pilihan raya kelak,” ujarnya.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mencapai kata putus berhubung pembubaran DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PN) diadakan serentak dengan PRU-15, namun Ketua menteri Chow Kon Yeow enggan mendedahkannya.

Menurutnya wakil parti gabungan PH akan merujuk keputusan itu kepada pimpinan pusat masing-masing.

“Parti Amanah dan PKR saya percaya ada mesyuarat masing-masing dan mungkin Majlis Presiden PH akan bermesyuarat pada Rabu. Dalam tempoh pilihan raya setiap hari boleh diadakan beberapa jenis mesyuarat bagi mencapai keputusan bagi menggerakkan langkah seterusnya,” katanya pada sidang media di Pulau Pinang, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pendirian tidak membubarkan DUN masih sama, namun tetap akan merujuk hasil perbincangan bersama PH negeri dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP malam ini.

Kenyataan ini secara tidak langsung mengesahkan Selangor tidak akan mengikuti jejak Perdana Menteri UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu mengadakan PRU-15 selepas membubarkan Parlimen semalam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
1 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
5 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
7 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
7 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok