Selamatkan negara daripada kaki rasuah, pemimpin rendah akhlak

November 18, 2022 · Politik

Esok (Sabtu, 19 November 2022) lebih 21.17 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi akan memilih parti yang akan mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang dan siapa pula yang akan menjadi Perdana Menteri.

Rakyat sudah mampu menilai parti mana yang lebih prihatin kepada mereka, amanah, tiada kaki rasuah, menepati janji.

Rakyat juga sudah bijak menilai antara tiga calon bakal Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Perikatan Nasional; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan – PH); dan sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Barisan Nasional – BN).

Jangan lupa juga melihat latar belakang calon-calon Perdana Menteri itu, sama ada terlibat dengan kes-kes rasuah, akhlak, moral dan perbuatan tidak senonoh yang telah dikaitkan dengan kes-kes di mahkamah.

Ianya seperti mana disebutkan dalam Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Perak hari ini (18 November 2022).

Mengulas perkara itu, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Datuk Seri Mohd Azmin Ali membuat perbandingan antara PH dan BN di mana menurutnya kedua-dua parti itu perlu ditolak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

Mengimbas semula manifesto PH pada 2018 lalu, beliau berkata parti itu menjanjikan bulan dan bintang tetapi tiada yang dilakukan demi kebaikan rakyat sepanjang 22 bulan mentadbir Malaysia.

“Apa yang berlaku ialah perebutan jawatan Perdana Menteri… berebut sejak 1998 hingga 2020… tak selesai masalah siapa ak jadi Perdana Menteri,” kata Azmin merujuk kepada Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Azmin PH dan BN menawarkan janji untuk menentang rasuah serta membawa kemakmuran dan kestabilan.

“Anak muda bertanya kepada saya, mana satu yang hendak dipilih. Tapi… jangan keliru. Cuba lihat berapa ramai calon kedua-dua parti itu (BN dan PH) yang terlibat dengan kes-kes rasuah… sedang dibicarakan kerana salah guna kuasa.

“Ada calon mereka yang sedang turun naik ke mahkamah masih lagi mengemukakan kertas penamaan calon. Macam mana. Lihat saja di Bagan Datuk, ada 47 pertuduhan mahkamah.

“Tapi langsung tidak rasa malu kepada rakyat… masih mengemukakan kertas calon. Maka rakyat harus tanya bagaimana UMNO, BN dan PH ingin membentuk kerajaan yang bersih kalau calon mereka bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

“Jadi tidak perlulah memperbodohkan rakyat bawahan ini,” katanya merujuk kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Zahid yang juga Pengerusi BN.

Azmin yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gombak berkata berbanding dengan calon Perikatan Nasional, tiada seorang pun yang terpalit dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya dalam manifestonya Perikatan Nasional berjanji membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan mampu membawa kestabilan kepada negara.

Untuk memastikan kestabilan itu rakyat perlu memberi sokongan penuh supaya Perikatan Nasional menang mutlak dan tidak perlu bergabung dengan mana-mana parti politik lain.

Sejarah telah membuktikan bahawa apabila berlaku penggabungan dengan parti lain, tiada kestabilan dapat dijamin – sebagaimana yang berlaku apabila UMNO/BN menyokong Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

Mengenai calon Perdana Menteri pula, Azmin berkata sebagai generasi muda mereka mahukan pemimpin yang bersih, amanah, berintegriti dan berakhlak tinggi.

“Kamu boleh atur, kamu boleh susun, kamu boleh catur tapi jangan lupa percaturan dan rencana Allah itu mengatasi perancangan manusia.

“Dalam keadaan negara berdepan pandemik Covod-19, dan krisis ekonomi, akhirnya Allah Taala mendatangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Muhyiddin adalah pemimpin yang bersih, beramanah, berintegriti dan memiliki moral serta akhlak tinggi yang didambakan generasi muda masa kini untuk menerajui negara ke arah kecemerlangan dan menjadi negara bersih,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok