Selamatkan negara dari parti tak tepati janji, kleptokrat: Muhyiddin

November 5, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sanggup memimpin Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini kerana tidak mahu negara jatuh ke tangan kumpulan kleptokrat, dan dipimpin parti tidak menunaikan janji kepada rakyat.

Menurutnya beliau tidak mahu negara ini diperintah sekali lagi oleh sebuah pakatan politik yang gagal menunaikan janji kepada rakyat serta tidak menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Katanya beliau telah mencapai kemuncak kerjaya politik apabila diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada 1 Mac 2020, dan boleh bersara sekiranya mahu berbuat demikian.

Namun, menyedari perjuangan dan amanah daripada rakyat Malaysia, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu melupakan hasrat untuk berehat daripada politik, untuk menawarkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Ikhlas saya katakan, tiada apa yang saya nak kejarkan dengan jawatan Perdana Menteri itu. Jawatan tidak penting bagi saya. Kun fa yakun. Kalau jadi, maka jadilah. Kalau tak jadi pun, tak mengapa.

“Yang lebih penting ialah saya buat pilihan ini demi untuk menyelamatkan negara. Menawarkan Perikatan Nasional sebagai pilihan yang terbaik untuk anda semua,” katanya lagi.

Dua perkara itu – Perjuangan dan amanah – katanya, membuatkan beliau terus menggagahi segala kudratnya demi rakyat yang disayangi.

“Saya masih memikul amanah sebagai pemimpin sebuah wadah politik yang saya asaskan iaitu Bersatu dan Perikatan Nasional. Wadah politik ini mempunyai prinsip perjuangan yang murni.

“Kerana itulah, walaupun saya telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri, saya tidak boleh bersara daripada perjuangan. Saya akan dilihat tidak bertanggungjawab jika saya lari dari medan perjuangan semata-mata kerana saya tidak lagi berjawatan,” katanya dalam kenyataan selepas selesai penamaan calon PRU-15, hari ini (Sabtu, 5 November 2022).

Muhyiddin adalah penyandang kerusi Parlimen P143 Pagoh akan berdepan dua lagi lawannya iaitu Datuk Razali Ibrahim daripada Barisan Nasional, dan Iskandar Shah (Pakatan Harapan).

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata Perikatan Nasional kini bersedia menawarkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil untuk semua rakyat.

“Prihatin dengan ertikata sentiasa mempunyai rasa belas ihsan kepada rakyat serta tidak lokek membantu mereka ketika susah.

“Bersih dengan erti kata bebas daripada segala amalan rasuah dan penyelewengan.

“Stabil dengan memastikan kehidupan rakyat sentiasa aman, selamat dan harmoni serta mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Pagoh dan Perjuangan Saya

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok