Selamatkan bangsa daripada sikap liberalisme, sosialisme bukan rasis

January 1, 2023 · Politik

Usaha mempertahan dan menyelamatkan bangsa Melayu daripada disesat serta dihanyutkan terus oleh fahaman liberal serta sosialis, wajib dilakukan oleh umat Islam tanpa mengira ideologi politik.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan usaha mempertahan dan menyelamatkan itu bagaimanapun, berbeza dengan sikap asabiyyah atau rasis yang bertentangan dengan Islam.

Memetik hadis Rasulullah diriwayatkan Abu Dawud (no 5121), Presiden PAS itu mengingatkan perbezaan antara mempertahankan bangsa yang disesatkan dan menyelamatkan mereka, dengan mempertahan bangsa atas prinsip asabiyyah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata sekarang ini telah lahir fahaman liberal atau sosialis yang menghapuskan kewujudan bangsa secara mutlak.

“Fahaman ini hendak dibawa ke dalam masyarakat Islam, sehingga memisahkan peranan Islam daripada menyelamatkan bangsanya sendiri dan diheret oleh musuh Islam yang menyesatkan dengan menindas bangsanya sendiri kerana Islam yang dianuti.

“Sehinggakan, ada kalangan mereka yang berwala’ kepada musuh Islam yang mahu merosakkan bangsanya dengan ideologi dan kefahaman yang sesat.

“Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa menentang kaum bukan Islam yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam, sama ada terhadap syariatnya atau penganutnya atau kedaulatannya bukanlah sebahagian daripada ‘asabiyyah atau rasis.

“Bahkan, perkara itu merupakan kewajipan besar dengan perintah Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka yang menentang pendekatan Islam ialah musuh Islam dan umatnya,” katanya dalam kenyataan hari ini (1 Januari 2023), tanpa merujuk kepada mana-mana pihak berfahaman liberal dan bangsa yang perlu diselamatkan.

Semalam, Abdul Hadi mengibaratkan UMNO sebagai itik yang pandai berenang dan dihalau oleh tuannya perlu diselamatkan.

Sebab itu, katanya PAS sejak awal lagi mengajak UMNO untuk bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) yang sahih bersama parti-parti Melayu Islam dan Bumiputera yang terbesar, UMNO, PAS dan Bersatu, kemudian disertakan bersama dalam Perikatan Nasional yang bergabung dengan semua pihak yang tidak ekstrem.

Bagaimanapun, kepimpinan UMNO ‘yang terpacak itu’ menolak dengan rakus kerana ramalan nujumnya yang salah bahawa UMNO boleh menang besar, sehingga sekurang-kurangnya mereka mampu memperoleh majoriti kecil tanpa kerjasama dengan parti lain.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata kini ramai juga kalangan mereka terpengaruh dengan teori asing yang bukan daripada ajaran Islam, sehingga mereka terperangkap dalam kefahaman yang salah dan sesat, walaupun dalam satu aspek tertentu sahaja.

“Antaranya, aspek kewujudan bangsa dan kaum yang hendak dihapuskan, tanpa menyedari telah mencabar kekuasaan Allah Pencipta alam, termasuklah manusia yang ditetapkan peranannya untuk beribadat, berkhilafah dan memikul amanah bagi melaksanakan syariat Allah SWT.

“Hal ini sekali gus mewajibkan hubungan yang berkonsepkan ta‘awun (bertolong-menolong) antara satu sama lain secara tabii dan hubungan yang berkonsepkan ta‘aruf (berkenalan dan berhubungan) dalam kalangan pelbagai bangsa itu dalam perkara kebajikan serta mentaati Allah SWT.

“Diharamkan ‘asabiyyah kaum dan bangsa (fanatik perkauman), apabila perjuangan bangsa atau kaum dijadikan aqidah yang mengatasi Islam. Sehingga menyebabkan mereka itu berlaku zalim atau membela kaumnya yang zalim,” katanya.

Berita berkaitan
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
12 jam lalu· Politik
Susah-susah fikir untuk PN, PAS kata Jazlan patut fikir kenapa kalah 2 penggal
January 27, 2023· Politik
KKM sahkan mula projek rintis beri ubat PrEP kepada pasangan gay?
December 13, 2022· Isu semasa
Selepas bawa UMNO bersama DAP, kini Zahid ajak ahli rapatkan barisan pula
November 29, 2022· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu · Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok