Selamat nyawa lebih 30 juta rakyat bukti keprihatinan PN: Muhyiddin

November 8, 2022 · Politik

Usaha menyelamatkan nyawa lebih 30 juta rakyat Malaysia ketika negara berdepan pandemik Covid-19, adalah bukti keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional, walaupun ketika itu UMNO dan Pakatan Harapan bergabung mendakwa kerajaan gagal.

Sebaliknya, terbukti di atas usaha dilakukan kerajaan diterajui Perikatan Nasional ketika itu, kini rakyat kembali dapat melakukan pelbagai usaha menyambung semula aktiviti yang terputus ketika sekatan pandemik dilakukan.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata antara usaha dilakukan kerajaan pimpinannya ketika itu adalah membeli seberapa banyak yang boleh vaksin Covid-19 untuk diberikan kepada rakyat.

“Jangan lupa vaksin datang daripada sumbangan dan usaha keras kerajaan Perikatan Nasional.

“Itu satu bab mengenai kehidupan… mengenai berapa banyak nyawa yang hendak kita selamatkan.

“Berapa nyawa kita selamatkan… lebih 30 juta rakyat Malaysia kita (Kerajaan Perikatan Nasional) selamatkan,” katanya berucap pada program ‘Santai petang bersama TSMY’ di Arau, Perlis, hari ini (8 November 2022).

Hadir sama calon Perikatan Nasional Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengajak rakyat Perlis supaya mengundi Perikatan Nasional supaya pentadbiran kerajaan negeri diambil alih dan meletakkan calon PAS sebagai Menteri Besar, selepas 19 November ini.

“Jadi sebaik mungkin adalah, kita berjuang habis-habisan atau sampai penghujung PRU ini dengan harapan memperolehi sokongan besar dari pengundi agar berjaya membentuk kerajaan,” katanya.

Menurutnya Perikatan Nasional menerusi manifesto bertemakan PN BEST, menawarkan janji yang boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk kesejahteraan pelbagai peringkat masyarakat.

“Tidak ada seorang pun lapisan masyarakat yang dikecualikan dalam manifesto Perikatan Nasional,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM
July 11, 2023
PH dan BN ditolak pengundi muda, terpaksa bergantung kepada undi bukan Islam: Hadi
January 6, 2023
UMNO kena terima Anwar jadi PM, kata DAP
May 4, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok