Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi

March 17, 2023 · Politik

Pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini dijangka menjadi antara agenda utama mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Ahad ini.

Pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO sedang berjalan dan dijangka berjalan lancar kerana tanpa masalah besar timbul.

Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir mempengerusikan mesyuarat itu.

“… akan ada laporan tentang tiga perkara iaitu Jawatankuasa Pemantauan dan Polisi, Jawatankuasa Perundingan Kerusi serta Jawatankuasa Mobilisasi dan Komunikasi,” katanya dalam sidang media ketika mengulas persiapan PH bagi menghadapi PRN di sini hari ini, lapor Bernama.

Menyentuh rundingan kerusi dengan Barisan Nasional (BN), beliau berkata pakatan pilihan raya antara PH dan gabungan politik itu mencukupi untuk meningkatkan potensi kebolehmenangan dalam PRN.

“Sekarang kita sedang bincang dengan BN… kalau dia masuk, kita tak masuk… kita masuk, dia tak masuk… ,” katanya.

Negeri yang terlibat dalam PRN ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Mengenai Kongres Nasional Khas Keadilan yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam Sabtu ini, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata ia bertemakan ‘Malaysia MADANI: Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ dan merupakan prelud kepada PRN.

“Ia khusus untuk kita salurkan tumpuan pimpinan dan anggota parti kepada persiapan PRN,” katanya.

Beliau berkata kongres itu turut merangkumi sesi perbahasan wakil negeri dan sayap Angkatan Muda Keadilan serta Wanita PKR.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
March 20, 2023· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023· Uncategorized
UMNO tak dibatal pendaftaran, Menteri KDN guna Seksyen 13 buat keputusan ikut budi bicara
March 7, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Mampukah Zahid, pasukan baharu UMNO kikis imej perasuah, sakau?
36 minit lalu · Politik
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
2 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
22 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok