Sekali lagi BN minta tangguh menghadap Agong, abai titah lagi?

November 23, 2022 · Politik

Nampaknya Barisan Nasional (BN) sekali lagi meminta untuk menangguhkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah walaupun sudah dititahkan hari ini (Rabu).

Langkah meminta untuk menangguhkan tersebut adalah kali kedua diminta oleh BN walaupun sepatutnya dititahkan berbuat demikian pada Isnin.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan…tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya dipetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Bendahari BN berkata keputusan untuk menangguhkan hanya akan diketahui pada pagi Rabu.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” katanya.

Untuk rekod, BN mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi.

Al-Sultan Abdullah pada Selasa menitahkan 30 Ahli Parlimen BN menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi esok.

Ketika ini, keputusan untuk melantik Perdana Menteri (PM) masih belum dapat dimuktamadkan walaupun Perikatan Nasional (PN) sudah menghantar bukti dokumen sokongan yang dimiliki mereka untuk membentuk kerajaan.

Malah, Pengerusi PN semasa sidang media semalam juga menunjukkan bukti dokumen yang dihantar ke Istana Negara dan menegaskan pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Pada Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil langkah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PH bersama Ahli Parlimen BN dengan kononnya untuk mendapatkan sokongan bagi melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
21 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok