Sedia lepas jawatan Bendahari BN Selangor kepada Zafrul, kata Jamal

July 18, 2022 · Politik

UMNO memerlukan nama besar untuk menang di Selangor, kata Datuk Seri Jamal Yunos yang sedia melepaskan jawatannya sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menyatakan kesediaannya untuk memberi laluan kepada Zafrul bagi memastikan UMNO-BN dapat memenangi Selangor semula pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) depan nanti.

“BN Selangor sangat memerlukan seorang individu berkarisma ‘heavyweight’ seperti beliau untuk menghadapi PRU yang sangat mencabar.”

“Saya ingin menggesa kepimpinan BN Selangor mempertimbangkan cadangan ini untuk segera melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari sejurus selepas saya meletak jawatan,” katanya dipetik laporan media.

Menurut Jamal, keputusannya melepaskan jawatan tersebut akan memastikan Zafrul mendapat tempat dalam barisan kepimpinan BN Selangor bersama kepimpinan sedia ada, malah dapat membantu UMNO-BN daripada aspek pengurusan kewangan dan dana sebagai persediaan menghadapi PRU-15.

Sebelum ini, spekulasi mengatakan Zafrul berkemungkinan bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada PRU-15. Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.

Melihat demografi Parlimen Kuala Selangor, kerusi itu diwakili majoriti 66 peratus pengundi Melayu; India (22 peratus); Cina (13 peratus); Bumiputera Sabah dan Sarawak (0.2 peratus) serta 0.5 peratus Orang Asli dan lain-lain.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mewakili Parti Amanah adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, menang majoriti besar 8,498 undi pada PRU-14.

Biarpun rekod cemerlang Dr Dzulkefly mewakili Pakatan Harapan (PH) itu, terutama ketika tsunami tolak bn membengkak pada 2018, terlalu awal untuk menganggap Parlimen Kuala Selangor adalah kubu kuat PH.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kabinet minta PM tumpu kepada persiapan banjir, bukan PRU-15: Azmin
October 2, 2022
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok