Sebelum terlewat, lebih baik jangan ikut Zahid: Rais

April 8, 2021 · Politik

Belum terlewat untuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak mengikut haluan yang dibawa oleh Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kelak akan membawa kehancuran kepada parti dan orang Melayu, kata Tan Sri Rais Yatim.

Yang Di-Pertua Dewan Negara itu berkata Zahid seakan tidak mempunyai hala tuju, malah beliau dilihat tidak berkemampuan mengemudi parti utama orang Melayu tersebut sehingga berlaku perpecahan dalaman parti.

“Sebelum terlewat, amat baik Ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO berfikir panjang dan tidak mengikut sehaluan terhadap Presiden UMNO itu.

“Saya berasa beliau mempunyai alasan lain nak bawa UMNO menjadi keadaan yang kucar-kacir, lantaran UMNO tidak berkemampuan menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum) bersendirian,” katanya kepada Agenda Daily.

Rais tidak menolak UMNO akan ditentang kuat banyak parti yang memusuhinya semasa PRU nanti dan sudah pasti orang Melayu juga akan marah terhadap UMNO kerana bersikap angkuh tidak mahu menjalinkan kerjasama walaupun parti itu sesama kaum.

“Mereka akan ditentang habis-habisan banyak parti dan akan dimainkan juga isu bagaimana UMNO tidak tertarik untuk bersama dengan orang Melayu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rais juga menggesa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO membuat pendirian yang lebih tegas terhadap Zahid memandangkan mereka sudah menyatakan kesediaan kekal dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Amat baik sekiranya para Menteri UMNO dalam Perikatan Nasional membuat pendirian yang jelas difahami oleh rakyat. Mereka dah jumpa Perdana Menteri beberapa hari lalu dan diumumkan mereka takkan letak jawatan.

“Lebih cantik sekiranya wakil kumpulan itu buat pendirian dari mulut mereka sendiri. Daripada itu, pengundi dapat faham selaras dengan masa depan kita,” ujarnya lagi.

Rais juga mahu rakan komponen Barisan Nasional seperti MIC dan MCA untuk bersama-sama menyertai gabungan bersama PN memandangkan realiti politik semasa yang sudah berubah dan Zahid juga seakan dilihat mahu mengekalkan UMNO sebagai sebuah parti dominan kepada parti kecil lain.

“Dalam struktur masyarakat Malaysia, PN boleh mengatasi BN dalam konteks majoriti.

“Jadi parti seperti MIC, MCA harus berfikir panjang dalam menyertai terus BN. Oleh kerana BN sekarang tidak mengadakan kelangsungan menerusi politik realiti lagi. Dan ini mesti difahami pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, apatah lagi Presiden UMNO tidak nampak mengutamakan kepentingan majoriti, tetapi mengutamakan kepentingan segmen dalam partinya,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
8 jam lalu· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
8 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
12 jam lalu· Politik
Popular
Anwar akhirnya akuiĀ  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
9 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
16 jam lalu · Politik
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
16 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
18 jam lalu · Politik
Zahid, cikgu dan Najib dicabar bersumpah pendedahan Tajuddin
June 29, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok