Sebelum jadi menteri banyak pula formula, kini Rafizi suruh boikot

January 23, 2023 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Datuk Razali Idris membidas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang ketika menjadi pembangkang mengeluarkan pelbagai formula kononnya untuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi bila menjadi kerajaan semuanya hilang.

Beliau menyifatkan saranan Rafizi supaya pengguna memulau peniaga yang dirasakan mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding harga purata peniaga-peniaga lain, disifatkan sebagai tidak kompeten.

Beliau berkata, sebelum jadi menteri bermacam formula dihidangkan kepada rakyat, tetapi kini menyeru rakyat boikot peniaga.

“Sebelum jadi menteri bermacam formula tapi sekarang seru rakyat pulau peniaga!

“Semua boleh jadi menteri kalau macam ini,” katanya dalam kenyataan ringkas semalam.

Kelmarin, kerajaan PH-BN terkilan dengan sikap pengusaha restoran dan kedai makan yang gagal menurunkan harga makanan, walaupun kos bahan mentah dalam pasaran kini menunjukkan penurunan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika mengakui kerajaan tidak mampu campur tangan terhadap kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan itu, mengharapkan kerjasama orang ramai untuk memulau premis yang gagal menurunkan harga.

Beliau berkata, ketika ini harga bahan mentah dalam pasaran sudah menunjukkan penurunan, tetapi harga makanan dan minuman masih dikekalkan seperti ketika berlakunya kenaikan barangan.

Katanya, pengusaha restoran dan peniaga kedai makan sepatutnya bertindak menurunkan harga bagi membantu mengurangkan bebanan orang ramai.

“Rakyat menuding jari menyalahkan kerajaan berikutan kenaikan harga barangan, terutama membabitkan bahan mentah, tetapi agak mengecewakan apabila pengusaha restoran, kedai makan dan peruncit tidak pula menurunkan harga selepas harga bahan mentah diturunkan.

“Orang ramai dan semua peniaga, termasuk pengusaha restoran dan kedai makan serta peruncit diminta memberi kerjasama dengan menurunkan harga makanan kerana semua harga bahan mentah sudah menunjukkan penurunan,” katanya. – BeritaBersatu

Berita berkaitan
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023· Isu semasa
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Rafizi optimis rundingan dengan UMNO dalam PRN berjalan baik
January 16, 2023· Politik
Peja ketuai Skuad Prihatin Bersatu agih bantuan banjir di Terengganu
January 8, 2023· Isu semasa
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu · Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
12 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
14 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok