Sebahagian ahli G70 sokong Anwar bukan profesor lagi, kata MPN

November 16, 2022 · Politik

Majlis Profesor Negara (MPN) menyelar tindakan gerakan Profesor Melayu G70 yang masih menggunakan gelaran itu walaupun sebahagian besarnya sudah bersara.

Presiden MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata MPN sekarang ini mempunyai lebih 3,000 ahli penuh yang juga Profesor dari Universiti Awam dan Swasta dan lebih 7,000 Profesor Madya sebagai Ahli Bersekutu.

“Terdapat juga lebih 200 tokoh industri yang pakar dalam bidang masing-masing menyertai MPN sebagai Ahli Kehormat.

“Bagaimanapun, MPN menyedari terdapat gerakan menggelarkan mereka sebagai Profesor Melayu G70 yang mengadakan Sidang Media Khas untuk menyatakan pendirian mereka serta mengeluarkan deklarasi menyokong pihak tertentu dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) Sabtu ini, 19 November.

“Berikutan itu, MPN ingin menegaskan majlis berkenaan tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam tindakan berkenaan serta mendapati daripada 70 orang yang menggelarkan diri sebagai Profesor Melayu G70 itu terdapat sejumlah besar dari mereka sudah bersara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut HM.

Dr Raduan berkata, mereka yang sudah bersara tidak boleh menggunakan gelaran Profesor kecuali jika dilantik sebagai Profesor Emeritus dan juga ahli kepada pergerakan tertentu.

“MPN ingin menyatakan pendirian untuk menghormati hak individu termasuk profesor mempunyai hak kebebasan bercakap dan bersuara, mengeluarkan pendapat dan buah fikiran serta berpersatuan selaras Perkara 10(1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai pertubuhan yang mewakili para ilmuwan tertinggi negara, MPN sentiasa beriltizam dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepakaran akademik ahli dalam setiap bidang melalui saluran dan tatacara yang ditetapkan selaras dengan status sebagai Pemikir Negara,” katanya.

Terdahulu, kumpulan G70 menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim – individu yang pernah dua kali dipenjarakan kerana kes berkaitan moral dan salah guna kuasa – sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anwar pertama kali dipenjarakan pada 1998 ketika negara dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kes salah guna kuasa dan tidak pernah mendapat pengampunan diraja, dan kali kedua ketika Datuk Seri Najib Razak pada 2015 atas kesalahan liwat.

Bagaimanapun, pada 2018 setelah PH diketuai Dr Mahathir memenangi PRU-14, Anwar mendapat pengampunan diraja untuk pemenjaraan kali kedua itu.

Pengampunan terhadapnya dipertikaikan banyak pihak, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang berkata beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pengampunan tidak pernah dipanggil bermesyuarat untuk mengampunkan Anwar.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu· Politik
Jangan ugut penjawat awam kerana dendam politik: Wan Saiful
18 jam lalu· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu · Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok