Saya WhatsApp Presiden tetapi tidak ada respons, kata Noh

November 4, 2022 · Politik

Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar kecewa dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang langsung tidak melayaninya walaupun sudah menghantar mesej menerusi WhatsApp.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu berkata Presiden UMNO itu tidak membalas satu pun pertanyaannya berhubung sama ada akan diletak calon semula atau pun sebaliknya sehinggalah kenyataan rasmi dikeluarkan mengumumkan senarai nama calon lain di Tanjung Karang.

“Jadi saya tunggu dari pagi sampai malam. Saya WhatsApp Presiden tetapi tidak ada respons.

“Saya fikir presiden sibuk dan saya tunggu sampai malam ini. Hanya tadi keluar senarai BN, Tanjung Karang sudah ada calon. Maka, watikah tidak sampai pada saya,” katanya dipetik laporan media malam tadi.

Beliau juga kecewa dengan Zahid kerana tidak bersikap terbuka dalam menyentuh mengenai isu pencalonannya di Tanjung Karang.

“Sedih dan kecewa saya menunggu macam buah tak jatuh. Saya WhatsApp tapi tiada jawapan, padahal dia baca. Saya tidak mendapat perhatian daripadanya. Saya bersikap terbuka,” ujar beliau lagi.

Noh antara nama yang tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Sebaliknya, BN menamakan Datuk Habibah Mohd Yusof sebagai pengganti Noh di Tanjung Karang.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
PMX geram tindakan akhbar Harakah siar gambar dengan bendera Israel
November 7, 2023
PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu
February 24, 2022
ADUN UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor, kata Speaker
March 14, 2023
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok