Saya tidak terlibat lagi dengan parti Mukhriz: Dr Mahathir

March 4, 2023 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan parti Pejuang yang dipimpin anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak ada lagi kaitan dengan beliau kerana sudah keluar daripada parti itu.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata terpulang kepada Pejuang yang memohon untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini dan keputusan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan beliau sama sekali.

“Kita bebas dan negara kita demokrasi , hendak buat apa-apa pun buatlah. Sama ada disambut atau tidak itu soal lain.

“Saya tidak terlibat dengan Mukhriz sekarang ini sebab beliau Pejuang dan saya sudah keluar Pejuang,” katanya dipetik laporan FMT.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri program Dialog ‘Sepentas Perjuangan yang Hilang’ yang turut disertai bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan keputusan keluar dari Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz sebagai Presiden.

Spekulasi mengatakan Dr Mahathir berselisih faham dengan anaknya berhubung pendirian parti tersebut.

Parti Pejuang kalah teruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila semua calonnya kalah bertanding dan majoriti yang hilang deposit.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga berkata tiada apa yang hendak dibanggakan dengan pencapaian 100 hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana menteri buat kenyataan tiap-tiap hari, macam-macam nak buat tetapi keadaan tak bertukar, kita masih menghadapi kemelesetan ekonomi, masalah orang Melayu tak ditangani, masalah politik yang tak stabil dan sebagainya.

“Selain daripada itu kita dapati janji yang dibuatnya belum nampak ditunaikan, cakap sahaja, kita lihat apa juga disebut perdana menteri ialah untuk sokongan orang ramai kepadanya,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
March 29, 2023 · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
MCA kecam timbalan menteri DAP gagal jawab soalan di Parlimen
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
42 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok