Saya terima dua tawaran bertanding Parlimen, kata bekas KM Melaka dipecat UMNO

October 19, 2022 · Politik

Datuk Seri Idris Haron yang dipecat UMNO semasa krisis politik di Melaka sebelum ini mengakui ada menerima dua tawaran untuk bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Melaka itu tidak mendedahkan parti mana yang membuat tawaran kepadanya untuk bertanding dan masih menimbang sama ada untuk menerimanya atau tidak.

“Pelawaan itu adalah untuk Parlimen Tangga Batu yang mana mereka bertanyakan ke­sudian saya untuk bertan­ding jika ditawarkan. Saya masih memikirkan perkara ini kerana hendak lihat latar belakang parti, sentimen rakyat, suasana politik semasa, jentera untuk bekerja dan sebagainya.

“Saya juga mahu melihat calon-calon yang diketengahkan parti lain. Saya mungkin akan sertai PRU15 sekiranya calon yang diletakkan tidak berkaliber, tidak berdaya harap selain mengamalkan politik wang.

“Rakyat wajar diberikan pilihan yang lebih baik bagi membawa suara rakyat ke peringkat Parlimen sekiranya calon yang bertanding diletakkan secara semborono saja,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu, Idris yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) selepas dipecat daripada UMNO tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan dengan majoriti 2,992 undian.

Beliau merupakan salah seorang daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menarik sokongan terhadap kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
4 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok