Saya tandatangan SD sokong Anwar jadi PM, bukan terima katak: Syed Saddiq

November 3, 2021 · Politik

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui menandatangani surat sokongan Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri (PM) sebelum ini tetapi bukan untuk menerima katak politik yang melompat keluar parti.

Ahli Parlimen Muar itu tidak bersetuju dengan Ketua Pembangkang yang mahu menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.

Dua bekas ADUN tersebut yang dikatakan akan diterima sebagai calon PH adalah Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).

“Saya sokong idea Pembangkang Bersatu, dan saya tandatangan Akuan Bersumpah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinamakan sebagai calon Perdana Menteri atas semangat PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14),” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau kecewa apabila mengetahui blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) kini sanggup pula bersekongkol dengan individu yang lompat parti dan tidak berprinsip.

“Di sebalik semua yang sudah kita lalui bersama, nampaknya gabungan PH yang saya bekerjasama rapat lebih minat berunding dengan pelompat parti yang tidak berprinsip daripada sekutu rapat dan setia mereka, seperti saya.

“Mereka melihat lebih bernilai terhadap katak politik yang tidak berprinsip, ini sesuatu yang benar-benar tragis,” katanya lagi.

DAP sebelum ini mendakwa PKR dan Amanah membuat keputusan mahu menerima dua bekas ADUN dari UMNO untuk bertanding atas tiket PH dan terpaksa menerima keputusan itu sebagai menghormati kesepakatan gabungan tersebut.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akur dengan keputusan dua parti rakan dalam PH itu selepas kalah dalam keputusan majoriti walaupun Jawatankuasa Eksekutif DAP memutuskan dalam mesyuaratnya untuk menolak semua empat bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini.

“PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat Adun berkenaan bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya umum negeri Melaka,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat ADUN, termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dua lagi bekas ADUN yang menarik sokongan adalah Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok