Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan

July 1, 2022 · Politik

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan beliau tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM), kerana berpegang kepada keputusan parti iaitu ‘No DAP No Anwar’.

“Saya tidak terlibat. Saya orang yang patuh pada parti. Kalau PAU kata ‘No Anwar, No DAP’, saya tak akan pergi ke Anwar dan DAP. Saya macam itu,” katanya memetik laporan FMT.

Sebelum ini, UMNO di bawah kepemimpinan presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan MT, malah dalam perhimpunan agung parti itu sering kali meuar-uarkan prinsip parti iaitu ‘No DAP No Anwar’.

Prinsip itu membawa maksud UMNO dan ahli-ahlinya tidak akan sesekali bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR.

Bagaimanapun, Isnin lalu, seorang lagi bekas ahli MT Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan dan mengesahkan bahawa Zahid serta sahabat baiknya Datuk Seri Najib Razak telah menandatangani SD menyokong Anwar.

“Bila dia (Zahid) dipersoalkan dia jawab No DAP No Anwar? Bohong… dia berbohong kepada ahli UMNO. Ramai yang tak tahu. Kesian ahli-ahli UMNO di bawah,” kata Tajuddin.

Susulan itu, Anwar akhirnya mengakui menerima SD daripada Najib dan Zahid untuk menjadi PM sebelum ini, sekaligus mengesahkan pendedahan Tajuddin.

Anwar mengakui kewujudan SD tersebut bagaimanapun terdapat syarat sokongan yang dibuat Najib supaya kes mahkamah mensabitkan bekas PM itu “tidak diteruskan”.

“Apa berlaku selepas itu adalah selepas ditandatangani saya diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah terutama melibatkan Najib itu tidak akan diteruskan dan saya harus guna kuasa saya selaku perdana menteri untuk memastikan ini tidak diteruskan.

“Saya tidak bersedia untuk melakukan itu. Oleh kerana keputusan tegas saya itulah maka Najib mengusulkan calon lain di saat akhir dan menafikan saya,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau patuh kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang memutuskan ‘No Anwar, No DAP’.

Beliau juga berkata Lembaga Disiplin UMNO perlu memanggil Tajuddin, susulan dakwaan terhadap Zahid sebagai presiden parti.

Ahli Parlimen Arau itu berkata selepas Tajuddin dipanggil, UMNO harus menyelesaikan kemelut dalam partinya.

“Pendedahan tersebut menyebabkan luka… dan luka itu harus diperbaiki.

“Luka ini mesti diselesaikan dengan Jawatankuasa (Lembaga) Disiplin (UMNO) panggil Tajuddin tanya pendedahan dibuat. Selepas itu selesaikan,” katanya.

Zahid bohong “No DAP, NO Anwar”, kasihan ahli UMNO: Tajuddin

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok