Saya tak takut berdepan usul undi percaya, kata PM

August 6, 2021 · Politik

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak takut atau bimbang berdepan usul undi percaya kepadanya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi membuktikan beliau masih memperoleh sokongan majoriti.

“Betul, usul undi percaya kepada Perdana Menteri itu biasa dibuat untuk Parlimen tetapi yang harus difikirkan ialah soal situasi dan keadaan semasa.

“Apakah negara boleh hadapi masalah sebegini dengan apa-apa rombakan pertukaran dan suasana politik yang nanti kalut?

“Saya tidak kata saya ramal begitu…yang mungkin boleh jejas ialah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan langkah-langkah saya sebut awal tadi, vaksinasi dan sebagainya,” katanya hari ini.

Memetik Bernama Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan pertimbangan Ahli Parlimen mengenai perkara yang sewajarnya mereka lakukan.

Muhyiddin berkata keputusan untuk mengemukakan undi percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen telahpun dipersetujui dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya nak nyatakan bahawa saya sudah menghadap Tuanku yang saya dah maklum pada negara beberapa hari lepas bagi membincangkan soal itu dan ia berlangsung dalam suasana baik dan harmoni hampir sejam.

“Kita bincang banyak perkara antaranya isu soal sama ada saya memiliki jumlah bilangan sokongan yang mencukupi. Saya yakin sehingga hari ini (ada majoriti) walaupun ada pengumuman-pengumuman dibuat pihak tertentu yang kononnya tak menyokong saya.

“Mungkin depan macam itu tapi belakang (mereka) mungkin tak tahu. Ini masalah politik sebab tu Seri Paduka Baginda pun berkenan (untuk bawa ke Parlimen). Jadi nak selesaikan perkara itu kita bawa ke Parlimen,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan makanan segar kepada Penghulu Parlimen Pagoh untuk diagihkan kepada masyarakat masing-masing.

Berita berkaitan
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Logo baharu PN akan digunakan semasa PRU-15, kata Muhyiddin
July 11, 2022· Politik
PM kena bincang dulu dengan PN sebelum bubar Parlimen: Muhyiddin
March 12, 2022· Politik
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022· Politik
Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
5 jam lalu · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
19 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
20 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
20 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
3 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok