Saya tak sakau duit orang : Muhyiddin

August 2, 2023 · Politik

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah menyeleweng wang sesiapa termasuk wang rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata sepanjang 50 tahun berada dalam kerajaan sebelum ini, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip tadbir urus yang baik dan tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Ini yang saya hairan tapi cari tiap-tiap hari macam nak…siapa saja yang menentang dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) diberi amaran siang-siang (awal-awal). ‘Nanti kalau orang ini buat begini…begini sakau duit. Pulang balik duit’.

“Siapa yang sakau? Saya tak sakau duit orang. Duit rakyat saya tak sakau. Dia ambil tindakan dakwa saya kononnya saya beri kontrak, saya salah guna kuasa. Mana ada. Tak ada. Yang luluskan kontrak bukan perdana menteri, yang lulus kontrak ialah menteri kewangan, yang luluskan pengecualian cukai Yayasan Albukhary juga bukan perdana menteri. Yang luluskan menteri kewangan. Ada orang beri bantuan kepada Bersatu dan PN, tak salah.

“Saya tidak rasuah dan tidak menerima rasuah daripada siapa pun. 50 tahun dalam kerajaan saya berpegang kepada prinsip mesri tadbir urus yang baik, buat cara yang betul, tidak bercanggah undang-undang, jangan buat benda yang tak baik, yang salah. Tapi dia ambil juga tindakan undang-undang walaupun peguam saya kata tak ada kes. Saya terpaksa pertahankan diri saya di mahkamah,” katanya pada Ceramah Umum PN Hulu Selangor di Felda Sungai Tengi, malam tadi.

Sebelum ini Anwar ketika Program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan dilaporkan memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik yang tidak disebutkan nama sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

Namun kenyataan itu dibidas seorang peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang menyifatkan Anwar menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri kerana mana-mana pemimpin kerajaan tidak boleh memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, beliau menyokong usaha menghapuskan rasuah di negara ini namun pihak eksekutif tidak boleh campur tangan dalam bidang kuasa badan penguat kuasa.

“Ya, kami setuju supaya rasuah dihapuskan dalam negara. Sesiapa yang melakukan hal sebegitu menyalahi undang-undang SPRM, SPRM boleh ambil tindakan. Itu teratur.

“Tapi jangan kita sebagai pihak eksekutif ambil alih kuasa pihak penguat kuasa untuk ambil tindakan secara pilihan terhadap musuh politik supaya dia boleh pegang jawatan lama dalam kerajaan dan sebagainya. Ini tidak adil dan tidak betul,” katanya.

Munyiddin menegaskan Anwar sepatutnya memfokus kepada mengurus tadbir negara dengan betul termasuk mencari jalan menyelesaikan isu yang membelanggu rakyat.

“Jadi apa kerajaan madanon ini buat? Tak ada nampak. Yang nampak Anwar ke sana ke mari. Bila buka mulut saja cakap bohong. Buka mulut saja cakap bohong, tohmah, fitnah. Saya dah 76 tahun, saya tak pernah lihat seorang manusia seperti Anwar sebagai perdana menteria PM berbuat seperti dia buat hari ini.

“Bukannya mengurus tadbir negara dengan betul. Cari jalan macam mana nak pulihkan ekonomi, kurangkan masalah inflasi, kurangkan harga barang, cari peluang kerja untuk anak-anak muda kita. Patut langkah ini yang dibuat tapi ini tidak jadi perhatian utama. Ini jadi masalah kita. Sebab itu PRN ini akan jadi referendum, pungutan suara menentang kerajaan PH,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok