Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM

May 30, 2023 · Politik

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata belum ada perbincangan mengenai rombakan Kabinet.

Fadillah berkata tidak ada mendengar mengenai spekulasi rombakan Kabinet yang didakwa bakal berlaku, namun menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri untuk menentukan barisan pentadbirannya, menurut laporan Bernama.

“Saya belum mendengar mengenainya. Tiada perbincangan tentang perkara itu. Itu adalah prerogatif (hak mutlak) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya ketika ditanya mengenai desas-desus mengenai kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet.

“Saya orang bekerja. Saya menurut perintah,” kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, kepada Media Malaysia di sini, hari ini

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dan fokus untuk memastikan kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Kami dari GPS telah memberikan komitmen dan apa yang kami perlukan sekarang ialah kerajaan yang kuat dan stabil.”

“Tanpa kestabilan, kita tidak boleh mengubah prestasi ekonomi, pelabur tidak akan datang kerana tiada dasar yang jelas, tiada kesinambungan dari segi kerajaan,” katanya.

Hanya kestabilan politik dan tadbir urus yang baik akan menarik kedatangan pelabur, kata Fadillah yang merupakan Ketua Whip GPS di Parlimen.

“Ini perkara terpenting buat Sarawak dan ia merupakan komitmen kami dalam Kerajaan Perpaduan ,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok