“Saya syak UMNO akan gabung dengan Anwar, DAP selepas PRU”

April 6, 2021 · Politik

“Saya syak UMNO akan gabung dengan Anwar, DAP selepas PRU”

Pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesyaki wujud rancangan oleh individu tertentu yang akan cuba membawa UMNO bergabung dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP selepas berakhir pilihan raya umum (PRU) nanti.

Bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) yang dipecat itu berkata pendirian UMNO untuk bertanding secara solo dan kemudiaan membentuk sebuah kerajaan adalah tidak masuk akal kerana hasil kajian yang dibuatnya mendapati ia sesuatu yang mustahil berlaku.

“Saya khuatir apabila kononnya, UMNO sudah cukup kuat, UMNO sudah cukup popular, bertanding solo pun boleh menang 70 atau 80 kerusi, mudah-mudahan itu satu perkara yang benar saya gembira.

“Tetapi berdasarkan pengalaman yang saya ada, saya juga buat kajian berkali-kali, saya juga lantik beberapa pihak untuk buat kajian, kajian di lapangan dan sebagainya, UMNO bergerak secara solo UMNO tidak boleh membentuk sebagai sebuah kerajaan,” kata beliau semasa wawancara Hard Talk di laman Facebook malam tadi.

Annuar mengesyaki sesuatu sedang dirancang oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya berhubung strategi bertanding secara solo dahulu kemudiaan bergabung kerana ia menimbulkan pelbagai spekulasi tentang parti mana yang akan UMNO pilih untuk bergabung.

“Ada pula orang berkata, solo pada masa ini selepas pilihan raya kita akan pilih kawan-kawan kita.

“Maka disitu saya mengesyaki sesuatu, pemikiran politik nakal saya, saya merasakan ada orang menyimpan sesuatu, iaitu solo dahulu kemudiaan baharu kita bergabung, rakyat nak tahu kita nak tahu bergabung dengan siapa sebelum dia beri mandat kepada kita,” ujarnya lagi.

Annuar berkata orang Melayu tidak akan bersetuju sekiranya UMNO bergabung dengan Anwar dan DAP, oleh sedemikian UMNO perlu secara jelas menyatakan dengan parti mana mereka akan bekerjasama sebelum PRU nanti dan bukan selepas berakhir PRU.

“Kalau dia tahu kita nak bergabung dengan DAP sebahagian orang Melayu akan menolak kita, kalau dia tahu nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim yang memimpin sebuah parti liberal seperti PKR ramai orang Melayu akan menolak kita.

“Kita tidak boleh bersembunyi begitu kita mesti jelas kepada rakyat dan ahli-ahli parti,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
38 minit lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok