Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin

March 22, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau terlalu sibuk dengan urusan kementerian sehingga tidak sempat membaca surat permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai gabungan itu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun mengakui MUDA adalah sebahagian daripada kerajaan sebagaimana yang termaktub dalam Memorandum Persefahaman (MoU).

“MUDA masih terikat dengan MoU kerajaan perpaduan. Saya menerima (surat) sebelum Pilihan Raya Umum lalu (PRU-15).

“Tetapi setakat ini, saya belum membaca apa-apa lagi, kerana saya berada di pejabat kementerian selama ini,” katanya pada sidang media hari ini (22 Mac 2023) menurut MalayMail.

Pada Isnin, dilaporkan MUDA tidak dijemput ke mesyuarat sekretariat kerajaan perpaduan buat kali kedua sehari sebelumnya.

Menurut portal berita Malaysiakini, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi berkata, parti itu menghantar surat ketiga pada 18 Februari lalu meminta pertemuan dengan sekretariat PH berhubung beberapa isu, seperti peranan MUDA dalam kerajaan, tetapi masih menunggu jawapan.

Pada 8 Februari, Amir menerusi Twitter berkata MUDA tidak dijemput ke mesyuarat sekretariat itu, walaupun latar belakangnya memaparkan logo semua gabungan dan parti dalam kerajaan perpaduan, termasuk MUDA.

Pada 9 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MUDA tidak dijemput ke mesyuarat itu kerana ia adalah untuk “parti ahli pengasas” tetapi berkata MUDA akan menjadi sebahagian daripada mesyuarat akan datang kerana ia juga menyokong kerajaan.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjelaskan pada hari yang sama mesyuarat sekretariat itu adalah untuk penandatangan MoU dan parti dengan tiga Ahli Parlimen atau lebih iaitu PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.

Walaupun MUDA adalah penandatangan MoU itu, parti berkenaan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen iaitu presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok