Saya sertai Bersatu atas faktor kepimpinan Muhyiddin: Mohamaddin

November 27, 2021 · Politik

Kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjadi antara faktor kenapa Ahli Parlimen Lahat Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, menyertai parti itu.

“Saya fikir oleh kerana Tan Sri Muhyiddin adalah kawan sama-sama dalam Kabinet dahulu, saya tahu dan kenal dia, itu sebabnya saya memutuskan menyertai Bersatu,” katanya.

Memetik laporan Utusan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama yakin terhadap kepimpinan Muhyiddin, selain perjuangan politiknya selari dengan Bersatu yang ingin memberi keutamaan kepada rakyat.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata, beliau mahu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasannya di bawah payung Bersatu.

Menurutnya, beliau tidak mampu membawa sebarang kemajuan kepada pengundi kawasannya jika terus menjadi wakil pembangkang.

Beliau berkata, Lahad Datu mempunyai empat Dewan Undangan Negeri berkeluasan besar yang memerlukan peruntukan yang banyak untuk dibangunkan setanding dengan kawasan lain.

Justeru, bekas pemimpin Warisan itu berkata, beliau melihat Bersatu yang turut berada dalam kerajaan mampu membawa kemajuan kepada kawasan diwakilinya.

“Tiga tahun lebih lagi untuk bertahan dalam pembangkang. Apa yang anda jangka jika saya bertahan di situ? Pembangkang tidak bawa apa-apa,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan permohonan keahlian Mohamaddin diperakui dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Mohamaddin keluar daripada Warisan pada 30 Oktober lalu bagi menjadi wakil rakyat Bebas di peringkat negeri dan Persekutuan. Penyertaan Mohamaddin ke dalam Bersatu membolehkan blok kerajaan di Sabah kini memiliki 12 kerusi Parlimen manakala 13 kerusi pembangkang.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
20 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok