Saya orang baik, kenapa Anwar enggan bekerjasama? soal Dr Mahathir

October 11, 2022 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab mengapa Pakatan Harapan (PH) enggan bekerjasama dengan gabungan politik diketuainya.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata masalahnya sekarang Presiden PKR itu yang tidak mahu bekerjasama dengan beliau walhal dirinya seorang yang baik dan mahu Anwar menjawab mengapa enggan menerima sebarang bentuk kerjasama dengannya.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya dipetik laporan BH.

Dr Mahathir terdahulu berkata, GTA bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang ‘sebulu’ tetapi setakat ini tidak mendedahkan parti mana yang dimaksudkannya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, GTA akan PRU-15 menggunakan bendera dan logo Parti Pejuang.

Dr Mahathir berkata, ini disebabkan Dewan Rakyat dibubarkan sebelum sempat permohonan pendaftaran GTA sebagai sebuah parti politik diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, jika GTA diluluskan dalam masa terdekat, gabungan itu masih tidak boleh bertanding dengan logo sendiri.

“Seperti kita semua tahu kerajaan belum luluskan GTA tetapi tidak tunggu sehingga ia diluluskan, sebelum membubarkan Parlimen.

“Pembubaran bermakna GTA tidak dapat bertanding dengan nama GTA.

“Sebab itu kita membuat keputusan hari ini, iaitu kita akan bertanding dengan nama PEJUANG dengan menggunakan simbol Pejuang dan bendera Pejuang,” katanya.

Anwar sebelum ini mengkritik Dr Mahathir dalam ceramah politiknya kerana tidak berpuas hati selepas janji dimungkiri untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
17 jam lalu· Isu semasa
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok