‘Saya, Muhyiddin tak balas ketika dijatuhkan demi perpaduan ummah’

October 18, 2022 · Politik

Rakyat perlu faham bahawa PAS dan Bersatu bersungguh-sungguh mahu menjaga perpaduan ummah, namun tindakan UMNO menolak perkara itu menyebabkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Muafakat Nasional (MN) yang ketika itu dianggotai PAS dan UMNO telah menjemput Bersatu untuk menyertainya, tetapi gagal direalisasikan disebabkan kebuntuan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan parti itu sendiri.

“Jadi, ini telah digagaskan oleh UMNO. Maka apabila kami (PN) yang akan menghadapi pilihan raya… dengan Bersatu yang kalau kita lihat akan bertarung di kerusi-kerusi majoriti Melayu… apakah kita masih nak terus katakan kerjasama dengan UMNO sedangkan kerusi-kerusi yang akan ditandingi ini, kalau tanpa ada perpaduan, tentunya kita akan bertanding berdepan dengan UMNO.

“Dan di situ yang Presiden Bersatu sebutkan sebagai musuh utama Bersatu dan Perikatan Nasional adalah UMNO, BN… kerana kami akan berdepan di kerusi-kerusi yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

“Jadi itu maksudnya supaya anak buah (akar umbi PN) di bawah jelas… kerana kita tak tahu nak tembak ke mana… tetapi UMNO jelas, terus tembak kepada Bersatu. UMNO jelas tembak… kalau PAS nak kerjasama dengan UMNO, kena tinggalkan Bersatu… jelas. Jadi kami pun perlu tunjukkan yang jelas… okay kalau itu kehendak UMNO, maka kita terpaksa berdepan di dalam pilihan raya yang akan datang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika program temu bual Agenda Awani malam ini (18 Oktober 2022).

Ahmad Faisal yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata disebabkan mahu menjaga perpaduan ummah dalam kalangan rakyat Malaysia, beliau dan Muhyiddin tidak mengambil tindakan apa-apa ketika dijatuhkan oleh UMNO suatu ketika dahulu.

Beliau memberi contoh ketika dijatuhkan daripada kerusi Menteri Besar Perak oleh UMNO yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada 5 Disember 2020, namun tidak mengambil apa-apa langkah menggugat kerajaan kerana mahu menjaga perpaduan ummah.

“Barisan Nasional yang berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan saya sebagai Menteri Besar. Namun saya tidak menjerit, tetapi istiqamah kerana saya faham bahawa kepentingan untuk menjaga perpaduan ummah di dalam kerajaan, kestabilan kerajaan negeri Perak dan juga Kerajaan Pusat itu jauh lebih penting daripada saya sebagai pemimpin ataupun sebagai satu individu.

“Saya teruskan di peringkat Pusat apabila saya sendiri tak bercakap dengan Perdana Menteri waktu itu untuk mengeluarkan atau memecat seorang menteri lain dan memasukkan saya ke dalam Kabinet… kerana yang pentingnya kita nak jaga perpaduan ummah.

“Sehinggakan apabila 15 ahli Parlimen menarik sokongan kepada perdana menteri, Muhyiddin apakah beliau melakukan satu perkara yang merosakkan perbuatan ummah? Tidak.

“Malah beliau memberi sokongan kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri dan berusaha untuk menjaga kestabilan perpaduan ummah yang telah kita capai. Akhirnya yang berlaku ialah UMNO kekal menjauhkan diri walaupun PAS bersungguh-sungguh nak cari jalan untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang,” katanya.

Ahmad Faizal berkata apa yang jelas ialah dua perhimpunan agung UMNO selama dua tahun berturut-turut telah menolak perpaduan bersama Bersatu.

“Dalam dua perhimpunan agung UMNO, dua tahun berturut-turut dengan jelas UMNO menolak Bersatu, menolak perpaduan, sedangkan MN yang telah menjemput kami (Bersatu) untuk bersama dengan mereka kemudian tidak direalisasikan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
6 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok