Saya masih mampu jadi Ahli Parlimen dan sedia jadi calon, kata Hanipa

October 19, 2022 · Politik

Susulan spekulasi bakal digugurkan menjadi calon kerusi Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin tampil mempertahankan dirinya dengan berkata masih mampu untuk menjadi Ahli Parlimen.

Hanipa yang juga penyandang kerusi Parlimen Sepang itu menolak khabar angin kononnya sedia digugurkan atas faktor kesihatan, sebaliknya menyatakan kesediaan untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Jujurnya,saya sentiasa bersedia InsyaAllah jika dicalonkan semula oleh parti kerana saya tahu saya masih mampu lagi untuk berkhidmat dan saya juga bersedia insyaAllah jika sebaliknya yang berlaku.

“Saya percaya kepada kebijaksanaan parti Amanah yang sudah tentu menjadikan faktor ‘winnibility’ (boleh menang) sebagai faktor utama dan dominan untuk dipilih menjadi calon – setakat saya
selalu diberitahulah kecuali polisi itu telah bertukar sekarang

“Saya juga tidak rasa pemimpin Amanah yang amat berpengalaman terlalu naif dalam isu pemilihan calon, lalu ingin terlibat dalam ujikaji ‘trial dan error’ dalam proses pencalonan di pilihan raya yang presiden Umno katakan ‘ibu segala pilihan raya’,” katanya dipetik laporan media.

Untuk rekod, Parti Amanah setakat ini masih belum memuktamadkan berhubung calon yang bakal diletaknya di Sepang ketika ini.

Dilaporkan sebelum ini bahawa semasa mesyuarat tertutup sehari sebelum itu, pencalonan Hanipa dalam pilihan raya dikatakan telah ditolak atas sebab kesihatan, dan Hanipa dikatakan menerima alasan itu.

Berita berkaitan
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok