Saya masih lagi ahli UMNO kata Timbalan KM Sabah baharu

January 11, 2023 · Politik

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang baharu dilantik hari ini (11 Januari 2023) Datuk Shahelmey Yahya berkata beliau masih lagi ahli UMNO dan mewakili parti itu.

Ini walaupun hakikatnya beliau adalah antara lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang menentang tindakan Barisan Nasional (BN) negeri untuk menarik diri daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya masih ahli UMNO kerana tidak menerima sebarang berita daripada pucuk pimpinan parti,” kata ADUN Tanjung Keramat itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Terdahulu, Bung Moktar berkata Shahelmey dan ADUN Sugut, James Ratib, tidak mewakili UMNO dan parti itu tidak mengiktiraf Kabinet baharu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata “Saya pernah berjumpa dengan presiden parti (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sebentar (baru-baru ini) tetapi tiada apa-apa. Kami hanya mengangguk (sesama sendiri) dan berjabat tangan, itu sahaja.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita yang berkumpul di luar Istana Seri Kinabalu di mana beliau sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerja Raya hari ini.

Pada masa sama beliau menasihatkan pihak yang tidak menyokong Hajiji sebagai KM perlu menerima hakikat yang berlaku.

Bagi tujuan ini, Shahelmey berkata ADUN yang menyokong Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menerima wakil daripada parti lain yang cuba menggulingkan kerajaan Hajiji.

“Jadi, mereka perlu menerima hakikat, ini adalah (tempoh) bertenang.

“Jadilah Pembangkang yang membina dan bersama-sama kita fokus kepada perkara-perkara kepada Sabah,” katanya dipercaya merujuk kepada kumpulan Bung Moktar dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal..

Pada sidang khas Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, tempat duduk Bung Moktar dan beberapa ADUN UMNO yang menyokongnya telah dipindahkan ke blok pembangkang bersama Warisan.

“Apabila tiba 2025, penggal (kerajaan ini) akan berakhir dan barulah kita boleh mendapatkan mandat daripada rakyat,” kata Shahelmey lagi.

Dilaporkan Anwar mencadangkan Hajiji membentuk kerajaan perpaduan Sabah yang akan melibatkan semua parti di negeri itu termasuk BN, Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Bagaimanapun, hajiji menolak cadangan Anwar tanpa memberi sebarang alasan.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe, salah seorang daripada tiga muka baharu dalam barisan Kabinet negeri, berharap pelantikan itu dapat menamatkan krisis politik di Sabah.

Mengenai laporan Anwar mencadangkan supaya semua parti dimasukkan ke dalam kerajaan perpaduan, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah yang baharu itu berhujah bahawa Perdana Menteri hanya memberi kepercayaan kepada Hajiji untuk membuat keputusan.

“Beliau (Anwar) memberitahu kami tiada masalah, beliau menyokong Hajiji untuk terus memimpin Sabah.

“Jadi, ini adalah keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri dan kita perlu menerima dan menghormatinya. Dan dengan sokongan (diberikan kepada Hajiji) terutamanya daripada tujuh wakil PH Sabah, saya fikir Sabah akan mempunyai kestabilan politik.

“Dan (kerajaan) kini akan dilihat lebih inklusif,” kata Phoong.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Johor dan Sabah catat peningkatan mangsa banjir pagi ini
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
5 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
5 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok