Saya malu ratib nama Najib, tapi dia yang tak malu: Dr M

February 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Najib Razak seolah-olah tidak malu dan kononnya teraniaya walhal sudah memalukan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri dua kali itu mengakui agak malu untuk ‘meratib’ nama Najib yang sudah disabitkan hukuman dan berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah, tetapi terpaksa melakukannya bagi mengingatkan rakyat terhadap perbuatannya sebelum ini.

“Sebenarnya, saya amat malu meratib nama Najib, dia memalukan negara, bangsa dan agama. Malangnya dia sendiri tidak malu malahan berpura-pura seolah-olah dia teraniaya termasuk oleh saya.

“Dia perlu disekat kerana jika dia kembali berkuasa, ini bermakna negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptorat dan kluster mahkamah untuk disamun dan dirompak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir juga menjelaskan tidak ada dendam terhadap Najib tetapi ia sekadar memberi peringatan agar rakyat tidak terpedaya dengan helah Najib.

“Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Najib tidak sama seperti bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kerana mencuri wang negara dengan bantuan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

“Malangnya Najib bukan seperti bapanya, Tun Razak seorang nasionalis pejuang bangsa yang bermaruah. Najib pula mencuri wang negara dengan bantuan Jho Low.

“Saya akan terus meratib nama Najib ataupun sesiapa saja yang cuba merosakkan negara dan menipu rakyat,” katanya lagi.

Dr Mahathir turut menggelar Najib sebagai “penyangak” dan “banduan” kerana terbukti bersalah di Mahkamah Tinggi dan Rayuan kerana menyalahgunakan dana RM42 juta SRC International yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Mahathir berkata walaupun terpalit dengan penghinaan dari luar negara dan pernah disifatkan sebagai “membawa malu kepada negara,” Najib masih tidak malu dan terus berusaha untuk mendapat kembali kekuatan politik.

“Dia percaya dengan memegang kembali kuasa politik di dapat lepas diri daripada hukuman,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu· Politik
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib untuk hadir prosiding Mareva ditolak mahkamah
November 24, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
14 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
22 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok