Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir

March 28, 2023 · Politik

Tujuh hari diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataan dibuat Perdana Menteri itu pada Kongres Nasional Khas PKR baru-baru ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak pernah menyaman musuh politiknya semasa menjadi Perdana Menteri tetapi kini mengancam untuk menyaman Anwar kerana walaupun sudah menjadi kerajaan tetapi masih membuat fitnah terhadapnya.

“Saya beri masa tujuh hari untuk dia (Anwar) tarik balik kenyataan atau tunjuk bukti dan lakukan beberapa acara untuk menunjuk bahawa dia tidak percaya apa yang disebut.

“Tapi kalau dalam tujuh hari tak jawab, maka saya bebas untuk ambil tindakan lain yang dibolehkan oleh undang-undang,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 pada 18 Mac lalu berkata, rakyat khususnya orang Melayu tidak perlu lagi diperbodohkan dengan kenyataan pemimpin tertentu yang mendakwa memperjuangkan hak kaum berkenaan, namun dalam masa sama membolot kekayaan.

“Ada orang sekarang selepas 22 tahun campur 22 bulan pegang kuasa, mengeluh Melayu hilang segala-galanya, hilang harta, hilang saham. Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu. Sekarang hilang kuasa, bicara soal rakyat,” kata Anwar.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, tuduhan dilemparkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memburukkan nama dan reputasinya.

“Bagi saya fitnah ini amat teruk kerana memberi gambaran seolah-olah saya curi duit, hilang duit, tak bayar cukai, saya seorang ‘scoundrel’ (penyangak) dan macam-macam lagi dalam ucapan kepada PKR dan ia dilapor oleh media utama atau media sosial.

“Nama saya diguna, jelas sekali ucapan dia merupakan satu fitnah terhadap diri saya bukan orang lain. (Ini) kerana saya orangnya yang berkuasa selama 22 tahun campur 22 bulan. Jadi perdana menteri ke-4 dan ke-7. Tujuannya memburukkan nama saya dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Walaupun dahulu saya biasa dengar dia berkata seperti itu tapi pada masa itu dia bukan Perdana Menteri. Sekarang dia adalah Perdana Menteri dan Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab dan tidak boleh buat tuduhan begitu sahaja tanpa bukti yang jelas,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
7 jam lalu· Rencana
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu· Politik
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu· Isu semasa
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
20 jam lalu· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
12 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok