Saya keluar Bersatu? Itu propaganda murahan, kata MP Batu Pahat

June 19, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon menyifatkan berita yang tersebar kononnya beliau akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebagai propaganda murahan dan meminta ia dihentikan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu berkata Bersatu adalah parti Melayu dan Pribumi yang menawarkan politik baharu yang bersih serta memperjuangkan kebajikan dan kemakmuran seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah sejak awal menyertai Bersatu, saya mempunyai keyakinan tinggi ke atas komitmen parti dalam usaha menentang rasuah dan membela rakyat.

“Bersatu parti politik yang masih muda, namun saya percaya agenda penyatuan rakyat, Melayu dan Bumiputera ini bakal membawa manfaat besar dalam usaha membawa perubahan kepada negara dan rakyat keseluruhannnya.

“Rakyat, orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini semakin matang dalam menilai, mereka jijik dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya dalam kenyataan mengulas kononnya beliau akan keluar Bersatu bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selasa lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan Mohd Rashid yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Azmin akan meninggalkan parti itu.

Berita itu tersebar susulan tindakan seorang lagi ahli MPT, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), namun Azmin turut menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya berikrar akan terus bersama parti terbabit.

“Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. Hanya beberapa jam sebelum tersebar berita palsu itu, saya bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di satu program dan sidang media di Johor,” kata Mohd Rashid.

Mengulas lanjut, beliau menghargai dan berterima kasih dengan maklum balas serta keyakinan Muhyiddin terhadapnya berkaitan isu itu yang menunjukkan ada pihak tertentu ketandusan isu sehingga mencipta serangan sedemikian.

“Mereka cuba untuk memberi tekanan dengan persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu. Moga Allah SWT menjauhkan kita semua daripada sebarang bentuk fitnah seperti ini.

“Sejak hari pertama bersama Bersatu, saya cukup yakin dengan masa depan parti. Saya akan terus bersama saf kepemimpinan Bersatu bagi menyatupadukan rakyat dan membina kekuatan negara.

“Ini bagi merealisasikan matlamat menjadikan negara ini sebuah negara yang bersih, telus, berintegriti, mempunyai tadbir urus yang baik, memperjuangkan keadilan sosial dan sentiasa prihatin kepada kemaslahatan rakyat,” katanya.

Serangan berita palsu seperti ini katanya, jelas menunjukkan ada pihak tertentu yang ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
9 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
16 jam lalu· Politik
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022· Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022· Politik
Popular
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
4 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
6 jam lalu · Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
9 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
10 jam lalu · Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok