Saya hendak makan bubur, kata Khairy selepas mesyuarat Kabinet

October 7, 2022 · Politik

Mesyuarat Kabinet berjalan pagi tadi menjadi perhatian selepas spekulasi semakin bertiup kencang Parlimen akan dibubarkan pada masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas keluar daripada mesyuarat Kabinet di Putrajaya memberitahu pembentangan Bajet 2023 akan diteruskan juga pada petang ini walaupun terdapat khabar angin mengatakan bakal ditangguhkan susulan pembubaran Parlimen,

“Ya, belanjawan (dibentangkan) petang ini. Ya. Ya,” katanya semasa ditanya wartawan selepas keluar dari pekarangan Bangunan Perdana Putra.

Ditanya sama ada isu pembubaran Parlimen turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kali ini, Khairy hanya menyebut beliau mahu makan bubur.

“Saya hendak makan bubur,” katanya dengan nada berseloroh.

Menteri Kabinet dilihat mula keluar dari Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Kenderaan membawa Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ialah antara yang terawal dilihat keluar.

Ketika ini, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen terus hangat diperkatakan, malah ada pihak menjangkakan pembentangan Bajet 2023 berkemungkinan tidak akan berjalan mengikut jadualnya pada petang ini.

Terdahulu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan dikatakan isu berhubung pembubaran Parlimen antara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Istana Negara semalam tidak menyebut berhubung sebarang isu pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri juga mengunci mulut dan teka-teki berhubung pembubaran Parlimen masih menjadi tanda tanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
6 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
18 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
18 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
6 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
6 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
6 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
10 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
23 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok