‘Saya dapat maklumat sahih tentera sudah mengundi, dibayar RM300’

November 11, 2022 · Politik

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (11 November 2022) mendakwa ada anggota tentera, khususnya dalam kawasan Parlimen Bera di Pahang, sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Kerusi Parlimen Bera ditandingi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional, Asmawi Harun, dan Abas Awang (PH).

Menurut laporan MKini, Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra di Kuala Terengganu.

Laporan itu juga menyatakan, Presiden PKR itu turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian (mengundi).

“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), terutama untuk (kawasan) parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300,” katanya di hadapan sekitar 100 hadirin yang hadir pada majlis itu, menurut Mkini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga calon PH untuk kawasan Parlimen Tambun di Perak berkata, beliau menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera menyiasat kejadian tersebut.

“Saya nak nasihatkan SPR, supaya mengambil tindakan tegas sekarang supaya tidak mencemarkan pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

SPR menetapkan hari mengundi pada 19 November ini menakala bagi pengundian awal pada 15 November. Pengundian awal biasanya melibatkan anggota pasukan keselamatan, termasuk polis dan tentera, serta petugas agensi-agensi lain.

Anwar juga berkata, apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan UMNI dan BN kini berada pada “tahap yang parah”.

“Jelas, (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri kerajaan sementara) dan Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishamuddin Hussien) cemas. Mereka tahu BN berada di tahap paling parah sekarang,” katanya.

Kesal dengan kejadian yang berlaku itu, Anwar turut meminta keadaan dibetulkan.

Untuk itu, katanya, ‘undi’ yang dilakukan oleh anggota keselamatan terbabit mesti dibatalkan dan mereka mengundi semula pada tarikh yang dinyatakan SPR iaitu pada 15 November ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok