Saya dah lama rancang korang lalai, kata Najib sambil letak emoji ketawa guling-guling

Datuk Seri Najib Razak berasa lucu setelah pemimpin Pakatan Harapan (PH) baharu sahaja mengetahui beliau menggunakan aura ‘Bossku’ untuk memikat semula hati rakyat.

Bekas Perdana Menteri yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati beliau bersalah atas tuduhan membabitkan dana SRC International itu, mengakui bahawa langkah menggunakan aura telah lama dirancangnya.

“Pemimpin PH Alpa, Najib Guna Aura ‘Bosku’ Pikat Semula Hati Rakyat kata Rafizi?

“Saya dah lama rancang cuma korang yang lalai,” kata Najib sambil meletakkan emoji ketawa berguling-guling di atas lantai.

“Tapi saya tak faham dengan dia ni. Mula-mula dia kata ahli PH dan penyokong PH mati akal dan terdiam kerana tidak mampu menyangkal semula dakwaan yang dibangkitkan saya dan BN,” tambah Najib lagi.

Menurut Ahli Parlimen Pekan yang turut berdepan pelbagai tuduhan jenayah termasuk rasuah, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa beliau tidak popular dalam media sosial.

“Semua hanya sekadar rekaan terancang saja. Kononnya yang beri komen dalam posting-posting saya cuma pasukan saya ataupun dibayar saya.

“Kononnya mereka yang komen sini telah makan dedak saya. Saya pelik kenapa dia boleh cakap begitu. Seolah-olah hina netizens. Tak sampai seminggu dia kembali dah mulakan fitnah,” katanya.

Sehubungan itu, Najib memberi tempoh kepada Rafizi untuk membuktikan kenyataan bahawa ribuan netizen yang memberi komen di dalam kirimannya telah dibayar.

Namun, beliau tidak menjelaskan apakah tindakan yang bakal diambil sekiranya Rafizi gagal berbuat demikian.

BERITA BERKAIT
POPULAR