‘Saya dah lama dalam politik sebab itu cabar SPRM siasat dana’

March 12, 2023 · Politik

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah lama berkecimpung dengan dunia politik dan yakin parti-parti politik di negara ini mendapat bantuan daripada badan korporat, individi dan mungkin juga dari luar negara.

Disebabkan itu, beliau dengan tegas berkata bahawa tidak ada mana-mana parti politik di Malaysia yang mampu membiayai parti menggunakan dana sendiri, sebaliknya memerlukan sumbangan swasta atau individu.

Mengenai cabaran awalnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat punca dana diberikan kepada PKR dan UMNO, beliau mengingatkan bahawa “saya sudah sekian lama dalam politik”.

“Jadi, apabila kata parti mencari duit sendiri, saya yakin ia mendapat sokongan pemberian daripada pihak badan korporat, individu tertentu dan kemungkinan besar sumbangan dari luar negara.

“Jika berani tunjuklah kerana ketika ini pertuduhan seolah-olah kita (Bersatu) sahaja yang lakukan. Jika ada syarikat untung berbilion ringgit, tak apalah tetapi saya jamin ia tiada.

“UMNO dulu ada syarikat, tetapi sekarang pun entah ke mana. Jika mahu tahu kedudukan sebenar, siasatan dan ia terserah kepada SPRM,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Menara PGRM di ibu negara hari ini (Ahad, 12 Mac 2023).

Terdahulu, dalam ucapan dasarnya pada PAT itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mencabar SPRM – agensi yang bermotokan Bebas, Telus, Profesional – supaya menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berhubung punca pendapatan PKR dan UMNO.

“Mereka berdua (Anwar dan Zahid) adalah Presiden PKR dan Presiden UMNO,” katanya yang kini berdepan pendakwaan terpilih bermotifkan politik kerana dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

“Saya hendak cabar SPRM supaya siasatlah Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi. Siasatlah dari mana punca pendapatan PKR dan UMNO. Tidakkah mereka juga menerima dana politik daripada ahli-ahli perniagaan?

“Sebelum PRU-15, UMNO adalah parti utama dalam Kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri daripada UMNO. Parti itu juga mengetuai Kerajaan Negeri Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor. Adakah UMNO tidak menerima sumbangan dana politik daripada ahli-ahli perniagaan?,” soal beliau.

Bekas PM cabar SPRM siasat Anwar, Zahid, bukan sasarkan Bersatu saja

Berita berkaitan
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu· Politik
Anwar menghadap Raja Kemboja semasa lawatan rasmi
March 27, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
MCA kecam timbalan menteri DAP gagal jawab soalan di Parlimen
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
10 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok