Saya bertanding di Putrajaya bukan nak ancam sesiapa, nak berkhidmat: Radzi

October 30, 2022 · Politik

Datuk Dr Radzi Jidin menjelaskan pencalonannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya bukan untuk mengancam mana-mana individu, sebaliknya mahu memberi khidmat terbaik kepada penduduk di situ.

Menteri Pendidikan kerajaan sementara yang juga calon Perikatan Nasional (PN) itu berkata tidak timbul isu untuk mengancam calon-calon lain yang akan bertanding di Putrajaya, malah masing-masing mempunyai hak untuk bertanding di mana-mana kerusi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya pergi situ bukan nak ancam siapa-siapa, nak menang sahaja… Insya-Allah, apa saja cabaran, kita usahakan yang terbaik,” katanya semasa sidang media hari ini.

Radzi terdahulu menghadiri Majlis Bicara Transformasi Pendidikan yang diadakan di Ukay Perdana pagi ini.

Untuk rekod, Radzi sah dicalonkan mewakili PN di kerusi Parlimen Putrajaya baru-baru ini.

Susulan pengumuman tersebut, penyandang kerusi Putrajaya yang juga wakil UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor begitu yakin pencalonan Radzi tidak akan mengancam kedudukannya untuk mengekalkan kerusi tersebut pada PRU-15 nanti.

Menurut Radzi, sejak menetap di Putrajaya hampir empat tahun, beliau memahami permasalahan yang dibangkitkan penduduk setempat yang perlu ditangani.

“Saya pernah duduk di flat dan kemudian pindah ke Presint 10… Kita faham, kita duduk bersama dengan pemimpin masjid dan surau kita duduk bersama dengan pemimpin persatuan penduduk, pemimpin komuniti, pemimpin kebun komuniti, pemimpin sukan di Putrajaya.

“Kita tahu apakah cabaran yang dilalui oleh penduduk Putrajaya, kita selami denyut nadi mereka dan apa yang paling penting kita akan laksanakan yang terbaik untuk penduduk Putrajaya,” ujarnya lagi.

Keutamaannya jika diberi peluang untuk berkhidmat di Putrajaya, Radzi akan mencari jalan penyelesaian segera bagi menampung keperluan penduduk yang majoritinya terdiri daripada penjawat awam.

“Potensi Putrajaya ini cukup luas dalam konteks pembangunan., tapi masih ada keperluan untuk kita lihat perkara-perkara yang mendesak termasuklah penyelenggaraan kuarters-kuarters kerajaan, pengangkutan, bas, tempat letak kereta dan sebagainya,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
50 minit lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
4 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok