Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP

June 4, 2023 · Politik

MCA hari ini ‘bersorak’ atas kesudian pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengenakan pakaian istiadat Melayu termasuk songkok selepas parti komponen BN itu dikecam sebelum ini kerana memakai pakaian sama.

Sehubungan itu, Naib Presidennya, Ti Lian Ker menuntut DAP meminta maaf kepada MCA berkait kecaman tersebut.

“Tahniah kepada Tan Sri Lim Kit Siang. Saya rasa bangga Tan Sri Lim akhirnya memakai songkok sebagai pakaian protokol dan istiadat.

“Saya masih ingat lagi ADUN Triang, Leong Ngah Ngah enggan memakai pakaian seragam ADUN semasa istiadat dan songkok atas alasan larangan parti DAP semasa Kit Siang jadi Setiausaha Agong DAP.

“Secara terbuka ingin DAP memohon maaf pada MCA dan semua ahli MCA yang dipanggil sebagai ‘Anjing UMNO’ dan pengkhianat kerana menerima adat resam dan pakaian seragam yang berlandaskan tradisi Melayu.

Over to you Tan Sri Lim Kit Siang dan DAP,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, “dulunya penerimaan penganugerahan oleh ahli-ahli MCA pun akan di cemuh oleh puak-puak DAP.”

Awal hari ini tersebar gambar Kit Siang memakai songkok dipercayai ketika raptai bagi menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.

Menurut laporan, Kit Siang, 82 akan menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.

Dalam kenyataan sama, bekas timbalan menteri perpaduan negara itu berkata semangat meminta maaf merupakan cara terbaik ke arah penyatuan dan pengukuhan kerajaan perpaduan BN-PH ke arah pilihan raya negeri-negeri.

“DAP telah pun memohon maaf pada Gabungan Parti Sarawak, UMNO dan sebagainya.

“Mengapa DAP tidak meminta maaf kepada MCA dan MIC yang menjadi sasaran serangan utama mereka kerana bekerjasama dengan UMNO demi mencari titik pertemuan masyarakat kita yang kepelbagaian?,” katanya.

MCA dan DAP kini berada di bawah payung kerajaan perpaduan di mana BN dan PH bekerjasama sejak Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Berita berkaitan
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
31 minit lalu· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
1 jam lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
13 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok