Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan

December 7, 2022 · Politik

Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, kini menjadi persoalan apabila sejarah beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) suatu ketika dahulu, membuktikan perkara itu berlaku.

Pada masa sama, tindakan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri walaupun kalah pada PRU-15 lalu, menimbulkan persoalan apabila mehu berbincang dengan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkaitan dana RM600 bilion.

Jika diingati semula, Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998. keesokkannya UMNO pula memecatnya daripada jawatan Timbalan Presiden dan anggota parti itu atas dakwaan salah guna kuasa dan salah laku seksual.

Pada 14 April 1999 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhikan hukuman enam tahun penjara ke atas Anwar, setelah disabitkan atas empat kesalahan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Anwar kemudian dibebaskan pada 2 September 2004 selepas hampir enam tahun menjalani hukuman penjara.

Pada 28 Ogos 2008, Anwar kembali ke Dewan Rakyat setelah menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh atas tiket PKR apabila isterinya yang juga anggota Parlimen kawasan itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding.

Anwar seterusnya berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Anwar kemudian dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan, yang mendapatinya bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, setelah Pakatan Harapan menang pilihan raya pada 2018, Anwar diberi pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong. Tetapi pengampunan itu hanya melibatkan kes terakhir, bukannya keseluruhan kes beliau.

Kenyataan bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan 

Disebabkan latar belakang itu juga, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengingatkan Anwar supaya tidak campur tangan dalam siasatan oleh SPRM dan polis.

Sebaliknya Dr Marzuki berkata, Anwar, jika perlu, hanya memberi arahan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah SPRM supaya mengkaji kontrak-kontrak yang dianugerahkan pentadbiran terdahulu.

“Yang penting, Datuk Seri jangan campur urusan siasatan dan seeloknya, jangan buat apa-apa kenyataan pun. Serah kepada KP SPRM.

“Bukan apa, kalau Datuk Seri banyak buat kenyataan jadilah macam sekarang ni. Mula-mula (RM) 600 bilion, lepas tu puluhan bilion, kemudian 7 bilion. Ada kenyataan pasal dana politik daripada syarikat judi pula dan macam-macam lagi.

“Menteri Dalam Negeri Datuk Seri pula kata akan bincang dengan IGP pasal 600 bilion. Apa kena mengena IGP dengan 600 bilion tu? Datuk Seri pun dah cakap bukan 600 bilion.

“Nanti orang akan kata apa Perdana Menteri ni? Macam caca merba dan Datuk Seri ada “personal vendetta”. Ini tak baik untuk imej Datuk Seri sebagai PM.

“You must not only be impartial, but must be seen to be impartial. Kalau tidak nanti katakan ada pendakwaan, na’uzubillah, orang akan kata ianya politically motivated dan selective prosecution. Kan tak elok tu?,” katanya.

Berita berkaitan
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
14 jam lalu· Isu semasa
Warisan desak SPRM siasat tiga bekas ADUN lompat parti sokong Hajiji
February 7, 2023· Politik
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023· Isu semasa
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
February 7, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
4 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok